Kumpulan Tiga Pertaruhkan 'Lelaki Tak Guna'

Diterbitkan: Selasa, 2 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kumpulan Tiga dari kiri: Steph, Faz dan Hana. Foto SAUFI NADZRI
Kumpulan Tiga dari kiri: Steph, Faz dan Hana. Foto SAUFI NADZRI

PETALING JAYA: Selepas era kegemilangan kumpulan Feminin dan Elite, kini penyanyi berkumpulan wanita yang dikenali sebagai Tiga muncul mewarnai arena industri muzik tanah air.

Kumpulan dibawah naungan KRU Studios yang terdiri daripada Hana Amira Mohd Hatim atau Hana, 24,Fazuin Mohd Yusoff (Faz), 25 dan Stephanie Goh Mei Yee (Steph), 23, itu berkata, mereka yakin populariti kumpulan penyanyi wanita akan kembali diterima masyarakat.

"Mungkin ada yang menganggap agak sukar untuk kami memartabatkan konsep berkumpulan wanita, tetapi Tiga sahut cabaran itu dan akan menampilkan lagu-lagu yang berkualiti kepada umum.

"Namun, kami mempunyai cara tersendiri dalam menonjolkan personaliti diri tiga dimana kami tampil dengan konsep muzik dance tetapi imej kami pula lebih ke arah trend ala K-Pop," kata Hana.

Mempertaruhkan single lagu pertama, Lelaki Tak Guna, ciptaan Edry Abdul Halim,lagu tersebut mempunyai unsur semangat wanita bangkit daripada kesengsaraan atau kesedihan yang terpaksa dilalui gara-gara lelaki yang disayangi.

Malah, kata Faz, lagu tersebut melambangkan 'girl power' yang mampu mengharungi pelbagai rintangan hidup.

"Sebenarnya, Tiga sudah menunjukkan bahawa kami merupakan sebuah kumpulan yang mempunyai semangat dan kekuatan mental yang tersendiri dan justeru itu kami pertaruhkan Lelaki Tak Guna sebagai langkah permulaan.

"Dalam pada itu, untuk menunjukkan kelainan, kami mempunyai pakej lengkap dimana Tiga bukan sekadar menyanyi semata-mata, tetapi juga menari.

"Ini kerana sebelum Tiga ditubuhkan, kami berasal daripada kumpulan penari yang digelar sebagai Selektaz," ujar Faz.

Bagaimanapun, beritahu Steph pula, mereka yang menjadikan kumpulan TLC, Pink, Ludacris dan KRU sebagai idola dalam nyanyian mempunyai impian tersendiri iaitu ingin mengadakan sebuah konsert sendiri suatu hari nanti.

Selain itu, sebagai penyanyi berkumpulan yang baru dalam industri muzik tempatan, Tiga sudah bersedia untuk bersaing dengan penyanyi-penyanyi lain.

"Kami juga sudah bersiap sedia melalui segala dugaan hidup sebagai penyanyi lebih-lebih lagi kontroversi yang boleh muncul bila-bila masa sahaja," tegas Steph.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan