Gandingan Mantap 'Football Overload'

Diterbitkan: Isnin, 1 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Barisan pengacara baru program permainan, Football Overload, (dari kiri) Jay, Reem, Roshan dan Adam C yang bersiaran pada Khamis pukul 9 malam di Astro Supersport (saluran 811). - Foto oleh YAP CHEE HONG
Barisan pengacara baru program permainan, Football Overload, (dari kiri) Jay, Reem, Roshan dan Adam C yang bersiaran pada Khamis pukul 9 malam di Astro Supersport (saluran 811). - Foto oleh YAP CHEE HONG

GESTUR selamba dan keletah yang mewarnai empat personaliti televisyen ini memang belum teruji secara total.

Namun, ketika OopStarz! berkunjung ke studio rakaman program permainan, Football Overload (FO) untuk sesi fotografi baru-baru ini, keserasian Jay Menon, 31, Roshan Narayan,29, Adam C, 26, dan Reem Shahwa, 26, ini seakan menjanjikan petanda positif.

Mereka yang pertama kali bergandingan untuk musim kedua program itu yang akan bermula secara rasmi pada 11 Ogos depan di Astro Supersport (saluran 811) itu bagai sudah sebati bersama.

Nama Jay Menon dan Roshan Narayan memang bukan asing bagi FO. Mereka mula bergandingan sejak musim pertama di samping dua lagi bekas pengacaranya iaitu Adrian Jalaludin dan Belinda Chee.

Untuk menyuntik kelainan pada musim baru ini, dua lagi pengacara yang sinonim dengan program sukan iaitu Adam C dan Reem Shahwa pula dibawa masuk untuk melengkapi kembara FO bagi 42 episod musim baru ini.

Jay Menon peka perkembangan sukan

Biarpun Jay sudah lazim dengan tempo FO, dia tidak sesekali memandang enteng tugasan tersebut.

Kongsinya, apa yang paling penting adalah untuk sentiasa peka dan bersiap sedia dengan perkembangan semasa dunia bola sepak.

"Apa yang lebih penting di sebalik tugasan pengacaraan FO adalah pengetahuan dan kepekaan mengenai perkembangan dunia bola sepak di dalam dan luar negara.

"Memandangkan program ini berlangsung dalam suasana santai dan ceria, pengetahuan tersebut sangat penting agar topik yang dibualkan itu adalah tepat dan bernas sekalipun ia disampaikan secara spontan dan santai," katanya.

Diajak pula berkongsi pengalamannya bersama FO, Jay berkata, memandangkan program itu berkonsepkan permainan dan perbualan yang spontan dan ceria, selain empat pengacara, dia perlu bijak mengimbangi suasana untuk mengelakkan keadaan menjadi kucar-kacir.

"Konsep FO yang santai, ceria dan melibatkan empat pengacara dan tetamu undangan itu menuntut saya untuk menjadi bijak dan cekap mengimbangi suasana.

"Jika yang lain-lain sedang rancak berbual, saya perlu lebih relaks dan tenang agar keadaan terkawal dan tidak huru-hara di depan televisyen," katanya.

Keterujaan Roshan Narayan

Roshan mengakui cukup teruja dan tidak sabar-sabar lagi untuk memulakan tugasan musim baru program itu.

Respons memberangsangkan daripada peminat FO pada musim lalu adalah cabaran utama bagi mereka untuk meningkatkan momentum dan kualiti program itu kelak.

"Selepas mendapat respons yang hebat daripada penonton, kami perlu meningkatkan impak FO pada musim baru ini. Pengisian dan penyampaian program ini perlu lebih segar dan berbeza.

"Saya percaya musim baru nanti akan lebih hebat dengan kehadiran dua teman baru iaitu Adam dan Reem yang melengkapkan lagi perjalanan FO," katanya yang cukup sinonim dengan karakter lucu dan ekspresif dalam program itu.

Melanjutkan perbualan, Roshan berkata, pengalamannya menyertai pasukan Astro Supersport dan FO adalah satu kepuasan yang istimewa dan berbeza.

"Saya sangat gembira kerana berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada keluarga saluran dan program ini.

"Setiap kali bangun pagi, saya cukup teruja untuk bekerja kerana perasaannya tidak seperti hendak pergi bekerja tetapi seperti keluar bersuka-ria dengan teman-teman kerana keserasian dan persafahaman antara kami," tuturnya bersungguh-sungguh.

Adam C terkejut dipuji

Adam C mungkin masih baru dalam keluarga FO tetapi pengalaman selama lapan tahun dalam dunia pengacaraan dan penyampaian radio jelas memberikan kelebihan buatnya.

Katanya, kemahiran dan pengalaman yang ditimbanya ketika mengendali pelbagai program televisyen dan radio banyak membantu dalam mencari keserasian dengan FO dan teman-teman pengacara yang lain.

"Memang saya masih baru dengan keluarga FO tetapi saya sudah mengenali Roshan dan Jay selama bertahun-tahun ketika terlibat dengan dunia penyampaian radio. Jadi, saya tidak melihat sebarang masalah untuk membina keserasian itu.

"Sementara mengenai Reem pula, saya tidak melihat sebarang masalah untuk bekerjasama kerana pengalaman yang dimilikinya dalam bidang penyiaran sebelum ini," kongsinya.

Apabila diusik pula dengan pandangan Jay dan Roshan yang melihat potensi dirinya sebagai pengacara yang relaks dan cekap dalam program itu kelak, Adam dengan rendah hatinya mengakui terkejut.

"Sejujurnya, saya tidak pasti jika benar Jay dan Roshan melihat saya sebagai seorang pengacara yang tenang dan cekap dalam FO nanti. Jika Roshan mempunyai kelebihan untuk tampil dengan gaya komedi, saya pula senang dengan gaya percakapan yang sinikal.

"Apa pun, ia adalah pembakar semangat saya untuk memberikan segala kemahiran dan pengalaman yang ada untuk memberikan impak pada FO nanti," katanya.

Reem Shahwa imbangi FO

Seorang lagi muka baru yang diperkenalkan untuk musim baru FO adalah Reem Shahwa Mohd Redza.

Mendengarkan namanya yang unik dan redup wajahnya itu pasti segera mengingatkan peminat-peminat sukan akan kelibatnya sebagai penyampai berita SportsCenter Malaysia di saluran ESPN sebelum ini.

Jika dilihat pada sisi luaran, personaliti Reem yang sofistikated, tenang dan pendiam itu mungkin agak bertentangan dengan kriteria yang dituntut untuk mengendalikan program permainan yang penuh humor dan 'gila-gila' itu.

Namun seperti kata penerbitnya, Nicholas Andrew John (Nick), Reem disunting atas dasar untuk mewujudkan keseimbangan pada persembahan FO.

Reem pula menyifatkan tawaran tersebut sebagai peluang keemasan untuk mengembangkan potensi diri dan memperlihatkan sisi berbezanya dalam pengacaraan.

"Jika hendak dibuat perbandingan, saya akui karakter saya lebih tenang dan pendiam berbanding Jay, Roshan dan Adam. Namun, ia bukan alasan untuk saya berasa tertekan atau terbeban.

"Pihak produksi menawarkan peluang ini untuk memberikan keseimbangan dan mewarnai FO. Selain itu, mereka juga percaya pada potensi diri saya untuk mempamerkan karakter berbeza yang lebih ceria, bertenaga dan lincah," katanya.

Musim baru Football Overload yang bermula pada 11 Ogos depan akan bersiaran pada setiap Khamis pukul 9 malam di Astro Supersport (saluran 811).

Artikel dipetik daripada sisipan OopStarz! dalam Mingguan mStar yang diedarkan bersama akhbar Sunday Star di sekitar Lembah Klang.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan