GAFIM Mahu Bersemuka PFM Selesai Kemelut

Diterbitkan: Ahad, 31 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jurey Latif
Jurey Latif

KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) akan bersemuka dengan Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) bagi menyelesaikan kemelut krisis kepercayaan yang melanda gabungan berkenaan.

Presiden persatuan GAFIM, Jurey Latiff Rosli berkata pihaknya sedia bertemu PFM bagi membincangkan mengenai beberapa isu kontroversi yang dibangkitkan PFM terutamanya membabitkan pengurusan kewangan.

"Kami akan bertemu dengan PFM dalam masa terdekat ini untuk menyelesaikan perkara-perkara yang mereka bangkitkan terutamanya berkenaan pengurusan kewangan GAFIM.

"Kami tidak mahu isu ini berlanjutan sehingga menjejaskan perjalanan Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24), disebabkan kontroversi ini beberapa penaja menarik diri," katanya pada sidang media tergempar GAFIM, di sini, Jumaat.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah bekas Presiden GAFIM, Ahmad Puad Onah, bekas Setiausaha GAFIM, Ismail Ahmad, Timbalan Presiden, Yoki Chin, Naib Presiden, Khir Md. Noor, dan Setiausaha Agung, Yusof Kelana.

Dalam pada itu, Jurey turut menegaskan bahawa isu-isu yang dibangkitkan oleh PFM kepada pimpinan baru GAFIM adalah tidak berasas.

"Saya tidak tahu mengapa baru kini mereka membangkitkan soal pengurusan kewangan dan minit mesyuarat, jika mereka ingin menunding kesalahan itu kepada kami ia memang tidak berasas langsung.

"Kami baru beberapa hari mengambil alin pimpinan GAFIM dan masih dalam proses peralihan lagi," jelasnya.

Jurey turut meminta agar PFM memberi peluang kepada kepimpinan baru untuk mentadbir GAFIM sebelum menyerang mereka dengan pelbagai tuduhan.

Sementara itu, bekas presiden GAFIM, Ahmad Puad Onah memberi penjelasan bahawa sumber kewangan GAFIM sangat kecil dan tiada isu tentang penyelewengan.

"GAFIM sebuah persatuan yang tiada sumber pendapatan dan dana yang ada sangat kecil iaitu hanya untuk membayar gaji setiausaha, sewa pejabat serta elektrik sahaja.

"Jadi tiada sebarang peluang untuk kami salah guna duit, manakala minit mesyuarat pula dicatit selepas setiap mesyuarat dipersetujui dan dikemaskini jika ada perubahan," katanya yang menerajui GAFIM selama satu penggal.

Selain PFM yang sudah menarik diri, Gafim dianggotai oleh Persatuan Pekerja Professional Filem Malaysia (Profima), Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Persatuan Pengarah Filem Malaysia (Fdam), Persatuan Penulis Skrin Malaysia (Swam) dan Persatuan Penyiar Kebangsaan Malaysia (Penyiar).

Turut serta ialah Persatuan Penyanyi, Pemuzik, Penulis Lagu Tanahair (Papita), Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM), Persatuan Kebajikan Penghibur-Penghibur India Malaysia (Miewa), Persatuan Artis Cina Malaysia (AMCA) dan Persatuan Industri Rakaman India Malaysia (Irim).

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan