'Battleship' Filem Pertama Rihanna

Diterbitkan: Sabtu, 30 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rihanna
Rihanna

LONDON: Penyanyi Rihanna dilaporkan telah memberikan komitmen terbaiknya dalam filem pertama lakonannya yang berjudul Battleship di bawah arahan Peter Berg.

Menurut laporan portal contactmusic.com, aksi penyanyi itu boleh ditonton dalam “trailer” filem yang turut dibintangi oleh Alexander Skarsgard, Brooklyn Decker dan Liam Neeson itu.

Bercerita mengenai wataknya, Rihanna berkata: "Dia (watak) seorang gadis yang lasak dan tegar. Saya perlu menguasai penggunaan senjata dan kemahiran aksi sebaik yang mungkin."

Rihanna yang dikatakan menghabiskan masa selama tiga bulan untuk penggambaran di Baton Rouge dan Hawaii turut melakukan beberapa aksi lagak ngeri dalam filem itu.

"Dia (Rihanna) terjun ke dalam air, menghempaskan dirinya pada besi pengadang, mencekik pelakon dan mengheretnya ke rakit.

"Kemudian dia melihat ke arah saya dan tersenyum puas. Dia melakukan semua aksi itu sendiri. Sememangnya tiada isu tentang keyakinan dirinya sebagai seorang pelakon," kata Berg.

Battleship dijangka ditayangkan pada 18 Mei 2012.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan