Zach Mahu Buat Album Kerana Siti Nurhaliza

Diterbitkan: Jumaat, 29 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zach berhasrat untuk tampil dengan album solo mini. - Foto RAYMOND OOI
Zach berhasrat untuk tampil dengan album solo mini. - Foto RAYMOND OOI

PETALING JAYA: Pelakon Zachery Francis atau mahu dikenali sebagai Zach Diamond, 34, bakal kembali mewarnai dunia nyanyian apabila berhasrat menghasilkan album secara solo selepas meninggalkan dunia nyanyian sejak sekian lama.

Menariknya, dia yang popular sebagai anggota kumpulan X-Factor berhasrat menyahut cabaran itu selepas diminta oleh penyanyi Datuk Siti Nurhaliza yang mahukan dia berbuat demikian.

“Datuk Siti Nurhaliza berpesan kepada saya untuk membuat album solo dan tidak mahu melihat saya hanya sibuk berlakon.

“Jika ada rezeki, saya akan cuba menunaikan keinginannya selain perlu meminta pendapat daripada kawan-kawan saya yang lain,” katanya kepada mStar Online.

Semuanya bermula apabila dia dan Siti dipertemukan dalam satu majlis hari jadi rakan baiknya, Prof Datuk Khairil Annas Jusoh.

Dalam majlis itu, mereka dikehendaki berduet mendendangkan lagu Dealova yang dipopularkan oleh kumpulan Dewa dari Indonesia.

“Saya agak teruja apabila pertama kali menyanyi bersama-sama dia (Siti) dan terkelu lidah apabila dia meminta saya menghasilkan album.

“Pada waktu itu juga, saya terlepas cakap untuk mempelawanya berduet bersama-sama dalam satu album,” ceritanya lagi.

Pelakon drama Si Capik dan Duyong Aridinata yang kini selesa bergerak sendiri berbanding mempunyai pengurus ini juga akan tampil dengan single berjudul Aura Membara nyanyian bersama dua anggota X-Factor iaitu Danny dan Shah.

Menyentuh tentang nama barunya Zach Diamond yang mengambil sempena nama berlian, lelaki itu menganggap nama itu akan memberi satu maksud yang bernilai memandangkan berlian merupakan batu yang keras dan kukuh.

“Saya masih baru menggunakan nama ini untuk diperkenalkan dalam beberapa drama lakonan saya. Saya juga mahu lari daripada gelaran Zach X-Factor,” jelasnya.

Beralih kepada lakonan, dia baru sahaja selesai penggambaran drama Cut Amirah untuk stesen televisyen di Singapura dan sedang menjalani penggambaran drama Biarlah Rahsia di samping pelakon Natasha Hudson, Eizlan Yusof dan Rozita Che Wan.

Selain itu, dia juga bakal muncul dengan dua buah filem iaitu Jidin Sengal dan Suatu Malam Kubur Berasap pada hujung tahun ini di pawagam.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan