TV AlHijrah Pantau Drama Pelakon Nampak Aurat

Diterbitkan: Jumaat, 29 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Selebriti AlHijrah yang bakal menghiasi Ramadan di TV AlHijrah
Selebriti AlHijrah yang bakal menghiasi Ramadan di TV AlHijrah

KUALA LUMPUR: TV AlHijrah menegaskan bahawa pihaknya sentiasa memantau semua rancangannya terutama sekali jika ia berkaitan sensitiviti melibatkan aurat berdasarkan garis panduan yang ditetapkan stesen televisyen itu.

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Bukhari Che Muda berkata, penapisan yang dilakukan adalah mengikut kesesuaian cerita dan tidak mencacatkan mesej yang ingin disampaikan dalam sesebuah karya.

“Kami memang tegas mengikut garis panduan yang ditetapkan iaitu cara pemakaian yang menutup aurat, dialog dan cara lakonan yang tidak bersentuhan di antara lelaki dan perempuan.

“Namun mungkin ada adegan yang kami tidak boleh potong kerana ia akan mencacatkan jalan cerita atau mesej yang ingin disampaikan.

“Apa yang lebih penting yang kami nilai ialah mesej keagamaan yang ingin disampaikan kepada penonton,” jelasnya pada sidang media Majlis Ramadan Satu Perjuangan, di sini, Khamis.

Bukhari diminta mengulas laporan sebuah akhbar yang menyatakan keraguan terhadap garis paduan oleh pihak stesen televisyen berkenaan apabila masih terdapat drama yang ditayangkan menonjolkan adegan bersentuhan dan tidak menutup aurat.

Ia berikutan sebelum ini TV AlHijrah telah mengeluarkan peraturan kepada penerbit produksi tempatan agar tidak menghasilkan drama yang memaparkan adegan bersentuhan di antara pelakon lelaki dan wanita selain menampakkan aurat.

Dalam pada itu, Bukhari turut menjelaskan sebanyak 30 peratus produk luar yang diimport akan ditapis terlebih dahulu sebelum ditayangkan kepada umum.

“Kita mempunyai sebanyak 30 peratus produk iaitu drama atau program luar yang kita import, kebanyakan program tersebut menonjolkan budaya masyarakat negara masing-masing.

“Sudah tentu sukar untuk kami membuat tapisan, namun apa yang kami utamakan ialah mesej yang ingin disampaikan itu lebih memberi manfaat,” katanya.

Dalam pada itu, sempena Ramadan ini stesen televisyen tersebut akan menambah waktu siaran kepada 24 jam pada Jumaat, Sabtu serta Ahad dan 18 jam pada Isnin hingga Jumaat.

Menurutnya, penambahan waktu adalah bagi mengimarahkan bulan mulia itu dengan pengisian yang lebih bermakna.

“Sepanjang bulan Ramadan, waktu siaran bertambah menjadi 144 jam seminggu berbanding 102 jam seminggu sebelum ini.

“Penambahan ini bagi memberi pengisian yang bermakna sesuai dengan bulan Ramadan dalam pelbagai genre yang memenuhi selera pelbagai lapisan penonton,” ujarnya.

Selain itu, sebanyak 17 program baru pelbagai genre bakal dipaparkan seperti Muhasabah Ramadan, Taddarus Al Quran, Ramadhan Di Australia, Juadah Iftar, Resepsi Umi, Man Jada, One Month Ramadan In Kuala Lumpur, Chef, Umme, Hostel Ramadan, My Fasting dan Fattabiouni.

Jelasnya, TV AlHijrah juga akan mengulang tayang drama terbaik Kitab Cinta.

“Kami memaparkan program yang seratus peratus berunsur keagamaan dan berkonsepkan Ramadan bukan hanya sekadar satu slot seperti stesen televisyen lain.

“Selain itu kami juga akan menayangkan kembali drama bersiri Kitab Cinta atas permintaan ramai,” jelasnya yang mengakui terdapat peningkatan kos apabila penambahan waktu siaran.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan