David Teo Tidak Berperang Dengan Pihak Media

Diterbitkan: Khamis, 28 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif, Syarikat produksi Metrowealth International Group of Company (MIG), David Teo menolak tuduhan kononnya dia berperang dengan pihak media sehingga enggan melakukan pra tonton filem terbitan syarikatnya.

Sebaliknya kata David, langkah itu merupakan strategi baru syarikatnya dalam mempromosikan filem-filem yang tamat penggambaran dan menanti untuk di tayang di pawagam.

“Saya tidak pernah merajuk dengan pihak media. Cuma saya tidak lagi melakukan pra tonton seperti sebelum ini.

“Sebagai syarikat yang berjaya menerbitkan lebih daripada 60 buah filem, saya ingin mencuba strategi baru dengan tidak lagi membuat majlis pra-tonton sebaliknya membeli iklan di akhbar-akhbar tempatan.

"Kali ini kami ubah cara pemasaran dengan mengeluarkan kos lebih dalam pembelian iklan di akhbar-akhbar. Dengan ini saya dapat menjimatkan masa," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.

Tambah David, memandangkan MIG juga mempunyai portal dalam talian sendiri iaitu www.migonline.net, ia turut mempromosikan filem-filem baru yang diterbitkan syarikat berkenaan.

Bagaimanapun, menurut David, strategi tersebut dibuat bukan kerana takut apabila terdapat filemnya yang dikritik sebaliknya dia boleh menerima setiap kritikan yang diberikan oleh pihak media.

"Saya tak kisah dengan kritikan yang diberi kerana selama ini juga filem saya sering dikritik. Dan saya tahu, 'kuasa pena' tidak boleh dielak.

"Cuma apa yang boleh dielak, kita cuba elakkan. Tapi jika strategi ini kurang berjaya, pihak kami akan kembali semula kepada cara lama dengan membuat majlis pra-tonton," ujarnya.

Jelas David lagi, walaupun mempunyai strategi baru, dia tidak menghalang pihak media untuk menonton dan membuat ulasan mengenai filem-filemnya.

Malah, jika ada yang mahu menonton, pihaknya boleh memberi tiket percuma kepada mereka yang ingin membuat ulasan filem.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan