Astro Sumbang RM177,222 Kepada Rumah Anak Yatim Hulu Langat

Diterbitkan: Rabu, 27 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Majlis Penyampaian cek kepada wakil Rumah Anak Yatim Madrasah Al-Taqwa
Majlis Penyampaian cek kepada wakil Rumah Anak Yatim Madrasah Al-Taqwa

KUALA LUMPUR: Stesen televisyen Astro menerusi program realiti popular Akademi Fantasia Musim 9 (AF9) mengumpul wang tunai berjumlah RM177,222 untuk disalurkan kepada Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat, yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh 21 Mei lalu.

Menurut Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh, pihaknya terpanggil untuk menyalurkan bantuan tersebut kepada mangsa-mangsa berkenaan bagi mengurangkan beban mereka.

“Astro menerusi program AF9 telah pun melahirkan hasrat untuk memberikan sumbangan yang diharapkan dapat meringankan beban mangsa dan keluarga yang terlibat di atas kejadian yang menimpa.

“Kami berharap mangsa yang terlibat akan terus tabah mengharungi dugaan ini dan semoga dengan sumbangan ini dapat membakar semangat mereka untuk meneruskan kehidupan kelak,” ujarnya ketika ditemui pada sidang media Majlis Penyerahan Cek Sumbangan Anak Yatim, di sini, Selasa.

Turut hadir pada majlis tersebut Ketua Presiden Bahagian Tanggungjawab Sosial Sosial Korporat Maxis, Salmah Ahmad, Ketua Pegawai Operasi Data Lanjutan Celcom Axiata Berhad, Afizulazha Abdullah dan Ketua Bahagian Komunikasi DiGi, Joachim Rajaram.

Jumlah terkumpul ini merupakan kerjasama dan sumbangan bersama pihak AF9 dengan syarikat telekomunikasi Maxis, Celcom dan Digi yang telah menyumbangkan keseluruhan daripada kutipan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) pada minggu ketujuh program realiti nyanyian popular tersebut bersiaran.

Sumbangan tersebut diterima oleh Yang Dipertua Persatuan Anak Yatim Malaysia, Dr Idris Musa sebagai wakil rumah anak yatim tersebut.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan