Amy Winehouse Dikebumikan Secara Rahsia

Diterbitkan: Rabu, 27 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Peminat yang memberi penghormatan terakhir buat penyanyi Amy Winehouse. Foto dailymail.co.uk
Peminat yang memberi penghormatan terakhir buat penyanyi Amy Winehouse. Foto dailymail.co.uk

LONDON: Salah seorang ahli keluarga mendiang Amy Winehouse memberitahu mayat mendiang akan dikebumikan dalam sebuah upacara peribadi.

Seperti dipetik portal Femalefirst, penyanyi berusia 27 tahun yang ditemui mati di rumahnya di London Utara pada Sabtu lalu itu akan disemadikan dalam sebuah upacara tertutup khusus untuk keluarga terdekat sahaja.

Bagaimanapun, sumber tersebut merahsiakan waktu dan lokasi pengebumian yang akan dilakukan.

Mayat Amy telah dibedah siasat di St Pancras Koroner dan sijil kematian sementara telah dikeluarkan bagi memudahkan pengurusan pengebumian dilakukan oleh keluarga mendiang.

Sehingga kini polis masih lagi membuat pemeriksaan dan kajian terhadap punca kematian Amy sehingga 26 Oktober ini.

Dalam pada itu, penjualan album mendiang berjudul “Black To Black Amy Winehouse” laris 37 kali ganda berbanding sebelum kematiannya. Penerima penghargaan Anugerah Grammy itu telah meraih kedudukan pertama di iTunes seluruh dunia setelah berita kematiannya tersebar.

Sementara itu, syarikat perisian komputer Microsoft yang dikatakan telah mengambil kesempatan dengan kematian penyanyi itu apabila menjual album tersebut di Zune, laman web milik syarikat berkenaan telah meminta maaf secara terbuka di laman Twitter.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan