2,500 Saksikan Konsert Siri Jelajah David Archuleta

Diterbitkan: Rabu, 27 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aksi David Archuleta dalam konsertnya yang berjaya menghimpunkan 2,500 peminat di Stadium Negara, malam Selasa. - Foto oleh ROHAIZAT DARUS
Aksi David Archuleta dalam konsertnya yang berjaya menghimpunkan 2,500 peminat di Stadium Negara, malam Selasa. - Foto oleh ROHAIZAT DARUS

KUALA LUMPUR: Penyanyi David Archuleta berjaya memukau kira-kira 2,500 penonton dalam konsert David Archuleta Live in Malaysia 2011 yang berlangsung di Stadium Negara, di sini, malam Selasa.

Kunjungan kali kedua penyanyi berusia 20 tahun itu ke sini adalah bersempena siri jelajah promosi album keduanya, The Other Side of Down.

Tampil dalam konsert ringkas yang berdurasi satu jam 10 minit, naib juara program American Idol musim ketujuh itu mendendangkan 17 rangkaian lagu yang terdiri daripada lagu-lagu popularnya dan beberapa lagu nyanyian semula termasuk Crush, Falling Stars, A Little Too Not Over You, Something ‘Bout Us, Heaven(nyanyian asal Bryan Adams) dan A Thousand Miles (Vanessa Carlton).

Archuleta muncul di pentas pada sekitar pukul 9 malam dengan menyampaikan lagu pembukaan Stomping The Roses yang dipetik daripada album terbarunya.

Sorakan yang gemuruh daripada peminat terus menaikkan “mood” penyanyi berasal dari Utah, Amerika Syarikat untuk meneruskan konsert dengan lagu-lagu seperti The Other Side of Down, A Little Too Not Over You dan Love Don’t Hate sebelum berehat untuk beberapa saat.

Konsert yang diiringi empat pemuzik itu diteruskan dengan dendangan “single” pertamanya Something ‘Bout Love dan sebuah lagu asal kumpulan Tears for Fears Everybody Wants to Rule The World.

Seketika kemudian, Archuleta terus mengikat perhatian dengan alunan lagu cinta kegemarannya iaitu My Kind of Perfect sambil memetik piano.

Pesona penyanyi yang baru saja menerima plak enam platinum daripada penjualan albumnya di sini itu diteruskan pula dengan lagu rancak Elevator yang juga “single” kedua daripada album terbarunya itu.

Sebelum menyampaikan lagu popular Vanessa Carlton berjudul A Thousand Miles, Archuleta sempat berkongsi luahan dengan peminat bahawa lagu itu menjadi pilihan sebagai pengubat kerinduan kepada ibunya kerana sering berjauhan apabila dia terlibat dengan siri jelajah promosi.

Babak kedua konsert tersebut dilanjutkan dengan lagu-lagu seperti Falling Stars, Touch My Hand, Stand By Me (nyanyian asal Ben E. King), "single" kelimanya iaitu Everything And More dan Zero Gravity.

Gimik daripada penyanyi itu yang bertindak meninggalkan pentas sejurus lagu Zero Gravity terus mengundang jeritan yang mahukan Archuleta kembali menyambung konsert.

Selang beberapa minit, penyanyi berwajah keanak-anakan itu kembali dengan segmen terakhir menerusi tiga lagu iaitu Heaven (nyanyian asal Bryan Adams), Crazy (nyanyian asal Gnarls Barkley) dan lagu penutup yang telah mempopularkan namanya di pentas muzik iaitu Crush.

Archuleta yang hanya mengenakan sepasang kemeja T, jaket dan jeans sepanjang konsert itu telah berjaya membuktikan kemampuannya sebagai penghibur biarpun timbul desas-desus yang mengaitkan namanya dengan era kejatuhan ketika ini.

Penyanyi tempatan yang juga naib juara Astro Star Quest 2008 iaitu Hao Ren membuka tirai konsert tersebut.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan