Sheila Majid Rindu Masa Kecil Anak-Anak

Diterbitkan: Selasa, 26 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sheila Majid ketika majlis penyampaian hadiah kepada peserta yang memenangi peraduan produk Jerneh di Restoran Rebung, Bangsar, di Kuala Lumpur, Ahad. - Foto AZLINA ABDULLAH
Sheila Majid ketika majlis penyampaian hadiah kepada peserta yang memenangi peraduan produk Jerneh di Restoran Rebung, Bangsar, di Kuala Lumpur, Ahad. - Foto AZLINA ABDULLAH

KUALA LUMPUR: Ratu Jazz negara, Datuk Sheila Majid, 46, merindui keadaan masa kecil anak-anaknya yang dirasakan cepat berlalu.

Kini, penyanyi lagu Warna dan Aku Cinta Padamu ini bahagia dengan empat anaknya, Nur Khaleda, 20, Megat Abd Majid, 17, Khadeja Zaireen, 7, dan Khalefa Laila Murshim, 5, yang sedang membesar.

“Saya masih lagi aktif dengan kerjaya seni, perniagaan dan menumpukan kepada keluarga.

“Alhamdulillah, saya sibuk menguruskan anak-anak yang semakin membesar dan merasakan semuanya berlalu terlalu cepat sehingga kadangkala saya merindui waktu usia mereka masih kecil dan bayi,” katanya ketika majlis penyampaian hadiah kepada peserta yang memenangi peraduan produk Jerneh di Restoran Rebung, Bangsar, di sini, Ahad.

Bercerita tentang masa depan anak-anaknya, Sheila seronok berkongsi tentang Khaleda yang telah menuntut di Kolej Universiti Help dalam jurusan psikologi manakala Megat pula bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Saya agak tertarik dengan pendapat Khaleda apabila saya bertanyakan kenapa dia memilih psikologi berbanding jurusan lain. Dia berjaya meyakinkan saya bahawa jurusan itu mampu memberi masa depan yang cerah kepada kariernya.

“Saya juga berharap anak-anak saya yang lain memperoleh masa depan yang cemerlang dan kerjaya yang bagus kelak. Mana tahu Megat akan menjadi seorang chef suatu hari nanti,” ujarnya berseloroh.

Menyentuh tentang karier seni Sheila, wanita ini aktif memenuhi jemputan nyanyian di majlis tertentu dan bakal menerbitkan dua buah album pada tahun ini.

“Saya masih aktif menyanyi seperti di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada malam Sabtu lalu dan membuat persembahan amal di Johor pada minggu lalu.

“Pada minggu ketiga bulan Ramadan ini, saya akan terbitkan album yang memuatkan lapan buah lagu Hari Raya Aidilfitri lama dan baru yang diberi sentuhan dan susunan muzik baru. InsyaAllah, saya akan merakamkan album ini pada 1 Ogos ini.

“Selepas Hari Raya Aidilfitri nanti, saya akan muncul dengan album Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrate 25 Years of Sheila Majid yang menampilkan 20 buah lagu yang pernah dipersembahkan di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur sebelum ini,” katanya yang turut merupakan Duta Institut Jantung Negara dan Prudential serta jurucakap Diamond Water Filter.

Selain itu, dia tidak menolak jika ada peluang untuk memasarkan album-album tersebut ke pasaran Indonesia.

Dia juga teruja apabila mendengar khabar lagu-lagunya sering diputarkan di stesen radio di Indonesia serta kebanyakan peminatnya di laman sosial Twitter dan Facebook adalah dari Indonesia.

Kini, dia berjaya mengumpul lebih 27,000 peminat di Twitter manakala lebih 74,000 peminat di Facebook.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan