Anna Paquin Ada Batas Lakon Adegan Berahi

Diterbitkan: Selasa, 26 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anna Paquin (kiri) bersama suaminya Stephen Moyer.
Anna Paquin (kiri) bersama suaminya Stephen Moyer.

WASHINGTON: Pelakon Anna Paquin mengakui dia mengetahui batas-batasnya ketika melakonkan adegan berahi dengan suaminya Stephen Moyer dalam drama bersiri puntianak di HBO True Blood.

Katanya, saat-saat indah dan adegan asmara yang dipaparkan menerusi siri itu perlu ada batasnya walaupun ia dilakukan bersama suami sebenar.

“Bagi saya ia agak pelik apabila adegan yang keterlaluan bersama suami sendiri untuk sebuah drama perlu dilakukan di hadapan krew atau orang ramai,” katanya kepada majalah V seperti dipetik portal new kerala.com.

Tambahnya, apabila melakonkan sesuatu watak yang keterlaluan terutamanya untuk aksi di ranjang, Paquin mempunyai perasaan curiga untuk melakukannya di hadapan khalayak.

“Apabila kita berada di sesuatu lokasi dengan orang yang kita cintai akan ada satu perasaan bolehkah saya menyentuhnya di sini? Dalam hal ini saya tahu batas-batas yang perlu dilakukan” katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan