Music & Wine Album Wajib Beli

Diterbitkan: Isnin, 25 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALBUM: Music & Wine ARTIS: Variasi artis EDARAN: Warner Music Malaysia

ARTIS: Variasi artis

BUAT penggemar-penggemar muzik lama jazz, soul, balada dan bossanova, album terbaru, Music & Wine (gambar), keluaran Warner Music Malaysia mungkin menjadi pilihan utama.

Album yang memuatkan sebanyak 78 buah lagu dengan dibahagikan kepada enam keping cakera padat (CD) ini mempunyai pelbagai genre muzik pilihan.

Bingkisan album kompilasi ini juga boleh dikatakan antara yang terbaik kerana gabungan lagu-lagu pada album tersebut yang tidak bosan didengar dan kesemuanya pernah hits dahulu.

Menarik lagi, album ini begitu sesuai bagi yang ingin merehatkan minda dan mahukan suasana tenang atau romantik bersama pasangan.

Setiap enam CD mempunyai konsep masing-masing seperti Match Heavy Red with Straight-ahead Jazz (Disk 1), Match Elegant Red with Smooth Jazz (Disk 2), Match Crispy White with Adult Alternative (Disk 3), Match Rose with Bossa Nova (Disk 4), Match Champagne & Sparkling with Chillout (Disk 5) dan Match All That Sweet with Love Ballads (Disk 6).

Pada pendapat OopStarz! album ini juga boleh dijadikan sebagai album mesti beli dan ia mungkin boleh dikatakan album kompilasi klasik terunggul tahun ini.

Music & Wine mengimbas kembali kenangan zaman kegemilangan lagu-lagu seperti Don’t Know Why, daripada Norah Jones, All The Love In The World (The Corrs), The Shadow Of Your Smile (Earl Kent), Breathe (Telepopmusic), We have All The Time In The World (Loise Armstrong) dan Recado Bossa Nova (Hank Mobley).

Album ini bukan sahaja menampilkan lagu-lagu popular klasik, malah beberapa lagu yang menggunakan alunan muzik sahaja turut dimuatkan.

Bagaimanapun, Match Crispy White with Adult Alternative (Disk 3) menjadi pilihan OopStarz! kerana CD tersebut menampilkan ramai penyanyi popular seperti Norah Jones, Jose Padilla, Corrine Bailey Rae, Renee Olstead dan Lene Marlin.

Pilihan kedua pula semestinya Match All That Sweet with Love Ballads (Disk 6) yang merangkumi pelbagai koleksi lagu seperti Im In The Mood For Love (Bryan Ferry), Always (Atlantic Starr), I Swear (All-4-One) dan Kiss Me (Sixpence None The Richer).

Selain itu, Match Champagne & Sparkling with Chillout (Disk 5) juga menjadi tarikan kerana muzik-muzik yang ditampilkan agak romantis.

*Artikel dipetik daripada sisipan Mingguan mStar yang diedarkan bersama akhbar The Sunday Star keluaran 17 Julai di sekitar Lembah Klang.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan