Iqa (Mentor) Jaga Tingkah Laku

Diterbitkan: Isnin, 25 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HADIRNYA Iqa atau nama sebenarnya Nursyafiqah Nasratullah Mohd Nor (gambar) ke persada seni tempatan hanya dengan satu matlamat, iaitu bakat nyanyiannya dapat menjadi perhatian umum.

Baru saja membina tapak menerusi pertandingan Mentor 5 dan seterusnya mengeluarkan single pertama berjudul Di Penghujungnya, Iqa sudah bersedia untuk mengharungi liku-liku hidup seorang penyanyi.

Sentiasa memegang pelbagai kata-kata nasihat mentornya, Edry Abdul Halim, Iqa perlahan-lahan membina ‘jambatan’ kerjayanya.

“Saya tahu menjadi seseorang yang dikenali bukan mudah dan perkara utama yang perlu saya buat ialah menjaga kelakuan diri.

“Malah nasihat Edry sering menjadi ingatan saya setiap kali saya melakukan sesuatu berkaitan dengan kerjaya seni. Dia pernah memberitahu seseorang itu tidak boleh memuaskan hati semua pihak.

Kita perlu berfikir bagaimana untuk majukan diri dan jangan ambil pusing dengan kutukan orang.

“Walau bagaimanapun, jika ada perkara buruk terjadi, saya tak boleh nak elak juga bukan? Jadi saya perlu bersedia dari segi mental dan fizikal dengan segala kemungkinan yang akan berlaku pada masa akan datang,” tuturnya.

Menjadikan penyanyi Faizal Tahir, Ella dan Datuk Siti Nurhaliza sebagai idola, Iqa mahu mencontohi karisma yang dimiliki oleh ketiga-tiga penyanyi tersebut.

Cuma, dek kerana masih lagi baru dalam industri, Iqa mengakui dia masih mempunyai perasaan takut untuk bersaing dengan penyanyi-penyanyi yang sedia ada.

Selain itu, sejak dikenali juga, Iqa turut mengubah imejnya yang sebelum ini rock kepada gaya yang lebih feminin.

Kata anak kelahiran Ulu Tiram, Johor ini, imej rock digunakan kerana dia merupakan vokalis dan pemain gitar bass dalam kumpulan Bottlecapt yang ditubuhkan sejak tahun 2004.

Bagaimanapun, sesuai dengan usianya yang kini 25 tahun itu, dia selesa dengan imej feminin, sesuai dengan muzik pop yang dibawanya.

“Sekarang ini, imej perlu dijaga tambah pula peminat saya terdiri daripada pelbagai golongan berusia.

“Macam dulu, saya sering mengenakan kemeja-T dan seluar denim yang koyak sana sini bersama kasut Converse.

“Kini saya berimej feminin pula dan akan membelek majalah-majalah fesyen untuk melihat perkembangan terkini pemakaian yang sesuai dengan saya,” tuturnya.

10 soalan menarik

1. Apa yang paling menakutkan?

Cicak dan lipas. Gelilah. Saya takut air laut juga, takut lemas.

2.Pernah lupa gosok gigi?

Tak pernahlah! Hahahaha!

3. Berapa kali kemas rumah seminggu?

Dua atau tiga kali. Memandangkan saya tinggal bersendirian, maka saya kemas rumah seorang diri sahaja.

4. Berapakah keputusan Sijil Pelajaran Malaysia?

Malulah nak cakap! saya dapat satu ‘A’, satu ‘B’ dan enam kredit.

5. Pernah kena denda masa sekolah?

Selalu! Kena denda berdiri di atas kerusi dan berjemur di depan koridor beramairamai sebab buat bising di kelas. Antara sebab-sebab didenda ialah saya tak siapkan kerja sekolah dan ponteng kelas.

6. Alergi kepada apa?

Makanan laut dan sambal belacan. Kalau makan, mesti gatal-gatal hidung. Maklumlah, ada resung.

7. Reaksi spontan apabila marah?

Entahlah, rasanya tak ada kot. Kalau rasa nak marah, saya marah saja.

8. Gunting atau pisau?

Semestinya gunting! Sebab saya suka gunting rambut sendiri. Dulu, masa bekerja di syarikat insuran, saya suka mengunting hujung rambut pada waktu lapang.

9. Pernah intai Facebook seseorang?

Mestilah pernah! saya intai Facebook bekas kekasih saya. Tapi itu dulu, sekarang tidak lagi.

10. Pernah mengumpat?

Yup! Tak mungkinlah tak pernah. Hahaha!

Foto SAUFI NADZRI

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan