Fyka Mahu Jadi Bintang Filem

Diterbitkan: Isnin, 25 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

FYKA Zainudi atau nama sebenarnya Nur Afiqah Zainudi (gambar) mungkin tidak pernah disebut dalam industri hiburan tanah air.

Namun, nama gadis yang berusia 19 tahun ini sudah sinonim dengan dunia peragaan yang telah diceburinya setahun lalu.

Kesibukannya sebagai seorang model tidak pernah membuatkan dia lalai dan lupa dengan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar rekaan grafik di Cosmopoint, Sungai Petani, Kedah.

“Walaupun aktif dalam bidang peragaan, pelajaran saya tidak pernah abaikan.

“Setakat ini saya mengambil kursus sijil selama dua tahun dan insya-Allah saya akan menyambung pengajian jurusan rekaan grafik ke peringkat yang lebih tinggi pula selepas ini,” ujarnya yang menjadikan model antarabangsa, Tyra Banks sebagai rujukannya.

Tambah Fyka yang pernah menjadi juara Miss Tesco 2010 di Seberang Jaya, Pulau Pinang, Tyra banyak memberikan inspirasi ke dalam dirinya setiap kali beraksi di depan kamera.

Bagaimanapun katanya, kerjaya sebagai model sekadar kerja sampingannya untuk memperoleh ‘duit poket’ lebih.

Sementara itu, gadis jelita ini juga menyimpan cita-cita untuk menjadi pelakon terkenal kerana turut meminati bidang berkenaan.

“Nak ikutkan saya belum ada apa-apa pengalaman dalam lakonan tetapi ia tidak mematahkan semangat saya untuk bergelar pelakon yang berjaya satu hari nanti.

“Cuma saya pernah menjadi pelakon tambahan untuk beberapa drama serta filem Papadom 2. katanya.

Kata Fyka lagi, dia begitu kagum dengan kehebatan pelakon Diana Danielle, Juliana Evans dan Scha Al-Yahya dalam menghayati setiap watak yang mereka bawakan.

Menyedari bukan mudah untuk bergelar artis, Fyka percaya jika ada usaha gigih pasti dia mampu untuk mencapai impian itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan