Taura Taufani (The Lima) Giat Promosi 'Single' Terbaru

Diterbitkan: Sabtu, 23 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Taura Taufani Foto Kapanlagi.
Taura Taufani Foto Kapanlagi.

JAKARTA: Salah seorang ahli kumpulan The Lima, Taura Tuafany yang kini sibuk dengan pementasan teater muzikal Laskar Pelangi mengakui tidak dapat menjalankan persembahan teater tersebut di luar dari Jakarta.

Jelasnya, dia mahu menumpukan perhatian dalam mempromosikan “single” terbarunya berjudul Ku Akui.

"Hanya persembahan di Jakarta sahaja saya boleh ikut tetapi kalau di luar saya sudah beritahu awal-awal tidak boleh.

"Saya mahu beri perhatian terhadap promosi “single” terbaru saya," ujarnya seperti dipetik Kapanlagi.com.

Juara program realiti GengStarz terbitan TV3 ini memberitahu sudah bergerak secara sendiri kerana dua lagi ahli kumpulan tersebut iaitu Boni dan Arief sudah memilih kerjaya masing-masing.

Katanya lagi, dia juga bakal mempromosikan “single” tersebut di Malaysia tidak lama lagi.

"Saya ingin promosi “single” ini di sini dahulu kerana masa saya banyak dihabiskna di Indonesia berbanding di Malaysia.

"Lagi pula di sana, saya disokong oleh orang-orang Indonesia jadi lebih baik dilakukan di sini dahulu.

"Insya-Allah saya akan ke sana kerana di Malaysia saya sudah mempunyai syarikat ralaman yang akan mengerakkan promosi," katanya yang bakal keluar dengan mini album tidak lama lagi.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan