Rabbani Tolak Tuduhan Tidak Setaraf Dengan Artis Baru

Diterbitkan: Jumaat, 22 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rabbani menganjurkan Konsert Ana For Gaza diadakan secara percuma di Stadium Kajang pada 30 Julai ini, pukul 8.30 malam. - Foto YAP CHEE HONG
Rabbani menganjurkan Konsert Ana For Gaza diadakan secara percuma di Stadium Kajang pada 30 Julai ini, pukul 8.30 malam. - Foto YAP CHEE HONG

PETALING JAYA: Kumpulan Rabbani menolak tuduhan kononnya dikatakan tidak setaraf untuk bersama artis-artis baru yang menyebabkan mereka dilihat kurang muncul di persembahan-persembahan tertentu.

Menurut Azadan Abd Aziz, salah seorang anggota Rabbani, pemilihan artis untuk mengadakan persembahan atau bergabung dalam sesebuah acara itu dilakukan oleh pihak penaja konsert.

“Kami memilih kelompok artis yang sama seperti artis nasyid untuk melakukan persembahan secara bersama kerana lebih mudah untuk menjayakan sesuatu konsert itu.

“Lagipun, kebiasaannya dalam perbincangan pemilihan artis, kami akan utamakan permintaan pihak penaja dan mengikut cadangan mereka,” katanya semasa sidang media Konsert Ana For Gaza dan berbuka puasa bersama Rabbani di Hotel Singgahsana, di sini.

Jelas Azadan lagi, mereka terbuka untuk menerima sesiapa sahaja tidak mengira artis lama atau artis baru asalkan mampu menarik ramai penonton ke sesebuah konsert.

Seperti sebelum ini, Rabbani sekali lagi bergandingan dengan barisan artis yang sama iaitu penyanyi Aishah, kumpulan Saujana, kumpulan Nowseeheart, penceramah Datuk Siti Norbahyah Mahmud dan Datuk Dr Ibrahim Ghaffar.

“Kalau boleh kami mahu menghimpunkan ramai artis dan mengajak kelompok artis pop, rock dan nasyid.

“Tetapi untuk konsert kali ini kita gabungkan artis nasyid untuk bantuan kemanusiaan kepada mangsa Gaza,” ujar Azadan lagi.

Konsert anjuran Rabbani Productions Sdn Bhd dan Ana Edar Sdn Bhd itu diadakan secara percuma di Stadium Kajang pada 30 Julai ini, pukul 8.30 malam.

Biarpun diadakan secara percuma, sepanjang persembahan ini berlangsung, tabung-tabung bagi mengutip dana bantuan ke Gaza akan diedarkan di kalangan penonton yang hadir pada malam itu.

“Saya yakin dengan adanya persembahan percuma, penyertaan konsert ini akan lebih mendapat sambutan daripada penonton kerana dalam satu konsert amal yang diadakan sebelum ini pernah dihadiri lebih 15,000 penonton dan mengumpul RM40,000,” tuturnya.

Selain nyanyian, konsert yang berlangsung selama dua jam itu akan mempersembahkan sketsa, deklamasi puisi dan sajak serta penceritaan pengalaman dan perasaan para sukarelawan misi bantuan keamanan ke Gaza yang diserang rejim Zionis baru-baru ini.

Turut diadakan adalah Karnival Ana For Gaza pada 29, 30 dan 31 Julai mulai pukul 8.30 pagi hingga 12 tengah malam di tempat yang sama.

Pelbagai acara yang diadakan oleh penganjur seperti gerai jualan, forum perdana, pertandingan nasyid piala Rabbani, pertandingan mewarna, pertandingan azan, pidato, paint ball, spell it right dan pertandingan menembak.

Sempena dengan pengumuman Rabbani sebagai Duta produk Ana Edar Sdn Bhd, turut diadakan majlis pelancaran produk terbaru keluaran syarikat tersebut iaitu susu kambing segera Power Goat.

Dalam pada itu, Rabbani turut mengajak orang ramai untuk berbuka puasa di Dewan Putri, Hotel Singgahsana sepanjang bulan Ramadan ini.

Selain Rabbani, artis jemputan yang turut hadir memeriahkan majlis adalah Raihan, Inteam, Saujana dan Nowseeheart.

Harga seorang adalah RM65 untuk dewasa, 30 peratus diskaun untuk kanak-kanak 7 hingga 12 tahun dan warga emas. Bagi setiap lima orang pengunjung bakal mendapat satu baucar berbuka puasa percuma.

Diskaun 50 peratus turut diberikan kepada pengunjung yang hadir pada 1,2 dan 3 Ramadan. Untuk tempahan, hubungi 03-79562100.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan