Nash Ajak Muhasabah Diri Dengan ‘Anugerah Ramadan’

Diterbitkan: Rabu, 20 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nash meraikan perkahwinan anaknya, Fareena Nasha dengan pasangan pada Sabtu lalu di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor. Turut serta adalah bekas isterinya, Hayati. - Foto SHAARI CHE MAT
Nash meraikan perkahwinan anaknya, Fareena Nasha dengan pasangan pada Sabtu lalu di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor. Turut serta adalah bekas isterinya, Hayati. - Foto SHAARI CHE MAT

PETALING JAYA: Penyanyi Nash (Lefthanded) atau nama sebenarnya Jamaludin Elias, 51, mengajak peminat bermuhasabah diri apabila dia menampilkan “single” terbarunya berjudul Anugerah Ramadan yang bakal muncul sebelum bulan Ramadan ini.

Lagu yang diterbitkan oleh Hijjaz Records itu dicipta sepenuhnya oleh Isman dari kumpulan Hijjaz.

“Selepas lebih lima tahun tidak menghasilkan lagu baru, kali ini saya bakal muncul dengan lagu “Anugerah Ramadan” yang lebih menjurus kepada muhasabah diri dan mengingatkan kita kepada Allah.

“Biasanya jarang penyanyi tempatan yang tampil dengan lagu khusus untuk bulan Ramadan kerana pada saya bulan itu paling menginsafkan diri berbanding bulan Syawal,” katanya kepada mStar Online.

Tambahnya: “Jadi, saya mengambil inisiatif ini atas pelawaan daripada kumpulan Hijjaz. Dalam bulan Ramadan ini, kita digalakkan bermaaf-maafan dan bertaubat serta menjaga amalan yang baik.”

Pada 15 Julai lalu, Nash baru sahaja menerima menantu apabila anak sulungnya, Fareena Nasha, 23, dinikahkan dengan A Rahman Fauzi, 26, di Masjid Negeri Shah Alam.

Nash yang menikahkan sendiri pasangan tersebut akui terharu memandangkan dia berjaya membesarkan anaknya dan menunaikan tanggungjawab sebagai bapa tunggal selepas berpisah dengan isteri pertamanya.

“Saya rasa terharu kerana anak saya sudah besar dan syukur alhamdulillah kerana segala-galanya berjalan dengan lancar.

“Saya rasa seperti sudah lepas tanggungjawab apabila dia sudah berkahwin dan mendoakan mereka hidup bahagia hingga ke akhir hayat,” katanya yang melangsungkan majlis resepsi perkahwinan anaknya itu di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7, Shah Alam pada Sabtu lalu.

Bagaimanapun, Nash memohon maaf kepada rakan-rakannya yang tidak dijemput kerana tidak mempunyai maklumat untuk menghubungi mereka.

“Saya seronok dapat bertemu dengan kawan-kawan lama dan ramai juga yang datang pada hari itu tetapi saya mohon maaf kerana ada juga yang terlepas pandang dan mungkin tidak dijemput disebabkan saya tidak mempunyai nombor telefon dan alamat mereka.

“Pada mulanya saya bercadang untuk menjemput rakan-rakan dan saudara-mara terdekat sahaja tetapi tidak sangka pula 5,000 orang yang datang pada hari itu,” ujarnya dalam majlis yang turut dihadiri oleh bekas isterinya, Hayati Mohamad Yusof, 46.

Menyelit sedikit tentang kehidupan peribadi Nash, dia yang pernah gagal dua kali dalam perkahwinan tidak menolak jodoh sekiranya diizinkan Allah.

“Saya bersyukur dengan kehidupan ini yang harus diteruskan walau apa pun yang berlaku dan saya tetap akan berusaha untuk mencari rezeki demi membesarkan dua lagi anak yang masih tinggal bersama-sama saya,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan