Intan Sarafina Hamil Anak Ke-2

Diterbitkan: Rabu, 20 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Intan Sarafina bahagia bersama-sama anak dan suaminya. - Foto ihsan INTAN
Intan Sarafina bahagia bersama-sama anak dan suaminya. - Foto ihsan INTAN

PETALING JAYA: Penyanyi lagu Duhai Malam, Intan Sarafina, 29, kini sedang hamil anak kedua dan usia kandungannya telah mencecah hampir lima bulan.

Disebabkan hamil dan komitmen dengan keluarga membuatkan Intan semakin menyepi dalam industri seni tanah air.

“Alhamdulillah, saya mengandung anak kedua yang kini bakal memasuki usia lima bulan.

“Saya rasa sudah tiba masanya untuk menambah cahaya mata memandangkan anak pertama saya, Megat Evan Raez sudah berusia setahun lapan bulan,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Selasa.

Kata pelakon drama “Suara Hati” ini, kemungkinan bayi yang akan lahir itu adalah lelaki.

“Alhamdulillah, bayi dalam kandungan ini berada dalam kandungan sihat dan saya tidak mengalami alahan.

“Saya hanya menjalani aktiviti harian seperti biasa cuma kurang masa untuk aktif kembali dalam karier seni,” jelasnya.

Tambahnya lagi: “Selain sibuk menguruskan rumah tangga, saya juga sibuk membantu suami menguruskan perniagaannya secara kecil-kecilan.”

Intan berkahwin dengan Iskandar Ezzahuddin Ahmad Zulkifli hampir tiga tahun lalu.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan