'Tidak Percaya Gafim, PFM Tetap Undur Diri' - Shuhaimi Baba

Diterbitkan: Selasa, 19 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) sebulat suara dengan pendirian untuk menarik diri daripada bernaung di bawah Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) berkuat kuasa Khamis lalu.

Presiden PFM, Datin Paduka Shuhaimi Baba (gambar), berkata semua ahli PFM membuat keputusan tersebut atas beberapa sebab termasuklah perbuatan sesetengah pihak yang dipercayai “membeli undi” untuk memenangi jawatan dalam persatuan tersebut dalam Mesyuarat Agung Tahunan Gafim, Ahad lalu.

“Salah satu sebab yang membuatkan kami sepakat mahu keluar daripada Gafim para 14 Julai lalu kerana kesal adanya unsur ‘membeli’ undi daripada salah seorang calon yang bertanding dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Gafim.

“Apabila berlaku perkara seperti ini, ia seolah-olah tidak menunjukkan semangat setia kawan sudah tiada kerana setiap ahli perlu ada kesetiaan dan integriti kepada persatuan,” ujarnya kepada mStar Online berhubung isu penarikan diri PFM daripada Gafim.

Bagaimanapun, Shuhaimi menafikan dakwaan menuduh presiden baru Gafim, Jurey Latiff Rosli membeli undi perwakilan bagi memenangi jawatan yang dipertandingkan.

“Saya dan PFM tidak menuduh atau menyebut nama sesiapa pun serta jumlah wang yang digunakan walaupun setiap orang itu boleh mempengaruhi individu lain dengan berbagai cara.

“Kalau tak ada orang hantar bukti, kami tidak akan mengambil tindakan untuk keluar daripada Gafim. Perkara ini sudah meliputi soal prinsip dan bila dah terima bukti saya terpaksa kongsi dengan ahli jawatankuasa lain,” ujarnya lagi.

Katanya disebabkan AGM telah berlalu pada Ahad lalu dan pemilihan jawatankuasa baru Gafim telah ditetapkan, beliau enggan memanjangkan perkara berkenaan.

“Saya hanya menerangkan pendapat saya dan berharap jawatankuasa yang baru dapat meneruskan perjuangan dalam Gafim,” katanya yang sedang menyiapkan filem terbaru berjudul “Tanda Putera”.

Sementara itu, Norman ketika diminta menjelaskan tentang sebab penarikan diri PFM dari Gafim memaklumkan masalah berkaitan kewangan membuatkan mereka tidak selesa lagi untuk bernaung di bawah persatuan gabungan itu.

“Ikutkan, banyak isu yang kami tidak mahu bangkitkan lagi. Semuanya berpunca dari masalah persefahaman apabila perbincangan dilakukan.

“Kami akui tekanan secara kolektif berlaku apabila merasa tidak pasti dengan masa depan PFM dalam Gafim. Apabila tiada lagi keserasian, itu yang menyebabkan kami tawar hati,” jelas Norman.

Biarpun PFM tidak lagi bernaung di bawah Gafim, ahli PFM secara individu masih akan melibatkan diri dalam Festival Filem Malaysia ke-24.

“Kami akan mewakili syarikat masing-masing untuk menghantar penyertaan filem dalam FFM24 tetapi tidak akan terlibat dalam penganjurannya,” ujarnya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan