Johan As’ari (Juvana) Tak Mahu Hanyut Dek Populariti

Diterbitkan: Selasa, 19 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Johan popular selepas melakonkan watak Botak menerusi drama Juvana. - Foto SAUFI NADZRI
Johan popular selepas melakonkan watak Botak menerusi drama Juvana. - Foto SAUFI NADZRI

PETALING JAYA: Dek penangan drama Juvana, pelakon Johan Arrif As’ari (Johan As’ari) yang popular dengan gelaran Botak dalam drama bersiri itu semakin dihambat dengan populariti.

Bagaimanapun, pemuda berusia 25 tahun ini tidak mahu dirinya hanyut dengan sambutan luar biasa penonton yang menggemari siri budak sekolah jahat yang baru sahaja melabuhkan tirainya di TV3 pada Isnin.

“Saya sangat menghargai dan bersyukur dengan sokongan peminat kerana mereka mengenali saya berdasarkan bakat yang ada.

“Soal populariti bukan di tangan saya tetapi di sebalik orang yang menyokong saya selama ini. Saya masih menjadi diri saya dan akan terus maju ke depan serta berusaha menjadi lebih baik pada masa akan datang,” katanya yang dalam masa sama berharap tidak lupa diri.

Episod akhir yang baru berlalu menunjukkan Botak dipenjarakan disebabkan menganiaya rakan-rakannya dan berkomplot dengan Encik Raja (pengetua) di Sekolah Wira Bakti dalam kes pecah amanah.

Tetapi akhirnya Botak insaf dengan perlakuan jahatnya selepas dipenjarakan. Sepuluh tahun selepas itu, Botak yang menyertai sukan tinju peringkat Asia telah memenangi pingat emas dalam acara itu.

Sebalik kejayaan yang disandarkan daripada peminatnya, Johan yang sedang menangguhkan pengajiannya dalam bidang Kaunseling di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) ini tidak kekok untuk melayan karenah peminat yang datang daripada pelbagai latar belakang.

“Sepanjang saya menyertai promosi drama “Juvana” di Karnival Jom Heboh, ada peminat yang sanggup datang selama dua hari berturut-turut dari awal pagi hingga malam dan menghadiahkan pelbagai jenis hadiah menarik.

“Saya juga rasa terharu dengan penerimaan peminat dari luar negara yang menonton “Juvana” dari Internet. Ada juga yang menjadikan drama ini sebagai kajian dalam pengajian mereka,” ceritanya yang suka berceloteh.

Menurutnya yang mula berlakon dalam drama “Penunggu Gunung Raya”, hubungannya dengan peminat tidak mungkin akan terputus selepas berakhirnya drama itu sebaliknya mereka yang merindui Botak boleh menontonnya dalam telefilem Kesuma Jiwa terbitan RTM pada Hari Raya Aidilfitri nanti.

Para peminat juga boleh mengikuti akaun Twitter Johan iaitu @JohanAsari atau melayari laman sosial Facebook Johan Arrif Asari.

Menyentuh sedikit tentang gosip cintanya dengan pelakon Juvana, Izreen Azminda, dia bagaimanapun menepis secara berhemah dengan mengatakan mereka sekadar berkawan baik.

"Kami mudah serasi disebabkan masing-masing berasal dari Utara kerana kampung nenek saya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang manakala Izreen dari Perlis.

"Jadi, kami senang berkomunikasi apabila berhubung atau bertemu. Tetapi sekarang, kami sudah jarang bertemu kerana sibuk dengan komitmen masing-masing," ujarnya yang tinggal di Ampang dan pernah bersekolah di Pondok Pesantren As-Syuhada, Jambi, Indonesia.

Bagaimanapun pengajiannya hanya bertahan lebih setahun dan berjaya menghafaz lebih satu juzuk dalam al-Quran.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan