Sasi The Don Tidak Kecewa Walaupun Kurang Popular

Diterbitkan: Isnin, 18 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sasi The Don kembali selepas lima tahun tidak mengeluarkan album. - Foto oleh LIM CHENG KIAT
Sasi The Don kembali selepas lima tahun tidak mengeluarkan album. - Foto oleh LIM CHENG KIAT

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan penerbit lagu, Sasi The Don atau nama sebenarnya Sasidharan Chandran, 33, mengakui tidak berkecil hati atau kecewa walaupun kurang dikenali ramai selepas 11 tahun menceburi bidang nyanyian tanah air.

Kata Sasi, walaupun dirinya tidak sepopular mana, dia amat bertuah kerana terus mendapat sokongan daripada peminat setia yang sentiasa menyokong perjuangan muziknya.

"Terus-terang, saya tidak pernah bimbang atau risau untuk bergelar penyanyi popular kerana berada pada kedudukan hari ini yang sederhana dan penuh misteri ini lebih mengujakan.

'Selepas 11 tahun menceburi bidang nyanyian saya tahu perjuangan muzik ini dihargai oleh para peminat setia walaupun mungkin jumlahnya tidak seramai mana," kata Sasi yang ditemui usai pelancaran album keempatnya, Don’t Panic, It’s Just Music di Mist Club, Bangsar, di sini, Ahad.

Berkongsi tentang ‘kehilangannya’ daripada pentas nyanyian selama lima tahun, Sasi berkata, isu pengurusan waktu menjadi faktor yang menyebabkannya menyepi diri seketika.

"Kali terakhir saya keluarkan album adalah pada 2006. Ketika itu, saya berdepan konflik untuk menyusun jadual waktu antara kerja tetap di agensi periklanan dan aktiviti seni.

"Keadaan itu berlarutan sehingga memaksa saya berhenti kerja pada Jun 2010 untuk menumpukan perhatian pada proses pembikinan album baru.

"Selepas setahun, sebaik album ini siap, tidak sangka pula saya dipanggil semula oleh majikan dan kembali bekerja di sana.

"Saya gembira dan puas kerana album ini dapat disiapkan dan dalam masa yang sama saya bekerja semula dengan agensi itu," katanya yang menerbitkan album itu dengan kos sebanyak RM120 ribu.

Mengulas tentang album keempatnya ini, penyanyi yang pernah berduet dengan lagenda rock Amy Search dalam lagu Suatu Impian sebelum ini berkata, keistimewaan album ini terletak pada konsep, bunyi dan lagu-lagu kolaborasi yang jauh lebih baik daripada sebelumnya.

"Album ini jauh lebih baik dan segar daripada album-album terdahulu. Untuk kali ini, saya berduet dengan Anita Sarawak, Jaclyn Victor, kumpulan Indian Apache, Salam, Rabbit Mac dan Maxi Priest.

"Saya yakin album kali ini adalah satu penawaran muzik yang berbeza, lebih berwarna-warni dan matang seiring dengan pengalaman 11 tahun saya sebagai artis," katanya.

Album tersebut telah dilancarkan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

Bersempena dengan pelancaran album itu, Sasi bakal mengadakan dua persembahan Digi Live Sasi The Don Don’t Panic, It’s Just Music di Fame, Pulau Pinang pada 23 Julai dan Jazz & Blues, Johor Bahru (30 Julai).

Peminat yang ingin menyaksikan persembahan itu perlu memuat turun nada pemanggil CallerTunes Digi untuk lagu Devathai (Angel) nyanyian Sasi bersama Jaclyn Victor dengan menaip SASI ke 2016.

Peminat akan diberikan dua keping pas masuk untuk menonton persembahan sama ada di Pulau Pinang atau Johor Bahru bergantung pada kesesuaian.

Peminat perlu menunjukkan mesej ‘Thank You’ yang dihantarkan oleh Digi selepas pembelian nada pemanggil itu bagi membolehkan anda memasuki lokasi persembahan berkenaan.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan