Sasha Saidin Amal Makanan Berprotein

Diterbitkan: Isnin, 18 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sasha Saidin suka menyimpan rambut panjang. - Foto BRIAN MOH
Sasha Saidin suka menyimpan rambut panjang. - Foto BRIAN MOH

UNGKAPAN cantik secara semula jadi biasa kita dengar terutamanya untuk wanita yang kelihatan cantik tanpa perlu mengenakan apa-apa alat solekan.

Namun tidak bagi bekas penyanyi kumpulan Elite, Sasha Saidin, 35, yang menganggap secantik mana seseorang wanita itu, mereka perlu mengenakan alat solek walaupun sedikit untuk menambahkan keserian wajah.

"Pada saya, tiada istilah cantik secara semula jadi kerana jika seseorang itu cantik tetapi tidak mengenakan solekan, dia tetap akan kelihatan pucat.

"Kita masih perlu menjaga kecantikan dan terdapat proses di sebalik kecantikan secara semula jadi itu," kata Sasha kepada OopStarz!.

Biarpun usianya telah menginjak pertengahan 30-an, penampilan ibu kepada seorang anak ini masih kelihatan menarik.

Berkongsi petua menjaga imej diri, kakak kepada pelakon Zain Saidin ini memberitahu setiap wanita perlu menjaga bahagian penting pada wajah mereka iaitu mata.

"Sebagai wanita, kita sentiasa akan dipandang cantik kalau didandan. Kita juga perlu menjaga penampilan agar kelihatan kemas dan bersih.

"Saya lebih pentingkan penjagaan pada bahagian mata kerana mata seseorang itu akan kelihatan lesu serta menyebabkan wujudnya lingkaran gelap bawah mata jika tidak dijaga.

"Biasanya saya menggunakan timun atau uncang teh yang telah disejukkan untuk diletakkan pada mata bagi mengatasi masalah itu. Saya juga ada menggunakan krim mata yang dibeli daripada seorang kawan dari luar negara," ceritanya panjang lebar.

Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Begitu juga dengan Sasha yang turut mewarisi petua daripada ibunya, Siti Aishah Abdullah, 65. Kata Sasha, ibunya sangat mengambil berat tentang kecantikan.

"Emak saya semakin menitik berat tentang kecantikan apabila usianya bertambah. Kami dapat menerima hakikat bahawa setiap orang tidak akan nampak muda selama-lamanya tetapi kalau boleh saya nak sentiasa keluhatan segar walaupun sudah berusia lanjut.

"Seperti emak saya, apabila semakin berumur, dia nasihatkan saya untuk menggunakan produk tertentu dan bukannya mengambil produk sembarangan. Tetapi tidak bermakna semua produk khusus yang digunakan perlu berjenama dan mahal. Yang penting, produk itu dapat melindungi kulit daripada cahaya matahari," jelasnya.

Sapu minyak zaitun

Petua lain yang diamalkan oleh pelakon filem Sama Tak Serupa ini adalah menyapu minyak zaitun dan losen pada anggota badan serta mengamalkan banyak makanan berprotein memandangkan suaminya berasal dari Indonesia.

"Saya suka menyimpan rambut panjang. Jadi, saya menyapu rambut dengan minyak zaitun dan perap rambut dengan plastik pembungkus makanan agar minyak itu meresap pada kulit kepala. Hasilnya, rambut menjadi lebih lembut dan mengelakkan keguguran rambut.

"Saya juga mengamalkan makanan yang banyak protein jika mahu menurunkan berat badan seperti tempe, ayam, tauhu, putih telur rebus.

"Selain itu, saya mengamalkan minum air aloe vera untuk menjadikan kulit lebih berseri-seri. Caranya, potong bahagian tengah pokok aloe vera dan ambil jelinya. Kemudian campur dengan madu atau gula berserta air," ujarnya yang turut berlakon drama Illusi, Misteri Karina, Warkah Buat Atikah dan Nenek Masri ini.

* Artikel dipetik daripada sisipan OopStarz dalam Mingguan mStar yang diedarkan bersama akhbar The Sunday Star keluaran 17 Julai di sekitar Lembah Klang.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan