Selebriti Kumpul RM30,000 Lelong Sofa Amal

Diterbitkan: Ahad, 17 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jojo melelong sofa untuk amal.
Jojo melelong sofa untuk amal.

PETALING JAYA: Selebriti tanah air berjaya mengumpul RM30,000 sempena lelongan sofa edisi terhad Macy untuk didermakan sepenuhnya kepada kanak-kanak Yayasan Cow Kit.

Daripada 10 sofa yang dihasilkan oleh Harith Iskander, Amber Chia, Jojo Struys, Vanidah Imran, Rashidi Ishak, Daphne Iking, Dynas Mokhtar, Ash Nair, Dennis Lau, Joey G, Patricia Sue Lin Knudsen dan Hannah Lo, hanya tujuh sofa yang berjaya dijual.

“Saya rasa sangat gembira kerana dalam masa sehari kami berjaya mencapai matlamat untuk menjual sofa yang direka oleh rakan selebriti dengan bantuan syarikat perabot Macy.

“Walaupun hanya tujuh sofa yang dijual, saya tetap berbangga kerana lebihan sofa ini tetap akan didermakan kepada rumah kebajikan seperti PT Foundation dan Shelter,” kata Jojo Struys selaku salah seorang penganjur kepada mStar Online.

Harga tertinggi sofa yang dibida berjumlah RM7,000 di BMW Ingress Auto pada 10 Julai lalu.

Lebih menggembirakan, Jojo berkata pihak korporat yang membeli sofa-sofa itu berbesar hati mendermakan sofa tersebut kepada beberapa rumah kebajikan lain.

"Pada mulanya saya risau jika tiada orang yang datang kerana berlangsungnya Perhimpunan Bersih di ibu kota sehari sebelum lelongan itu dilakukan.

"Namun, saya sangat bersyukur kerana ada juga pihak seperti syarikat Berjaya dan AQRS yang bukan sahaja membeli sofa tersebut malahan dalam masa yang sama mendermakan sofa yang dibeli itu kepada rumah kebajikan tertentu," ujarnya.

Meneruskan kejayaan ini, Jojo tidak menolak untuk menganjurkan aktiviti amal seperti ini jika berpeluang lagi suatu hari nanti.

Dalam perkembangan lain, dia dijangka menjadi model untuk memberikan kesedaran tentang kanser payudara dengan kerjasama majalah Harper’s Bazaar Malaysia yang diadakan setiap tahun sejak empat tahun lalu.

“Selain menjadi model, saya juga akan menulis artikel tentang kanser payudara untuk menyedarkan masyarakat terutama wanita untuk mencegah penyakit ini sebelum terlambat.

“Mereka perlu melakukan pemeriksaan payudara agar dapat mengelak daripada awal tentang kanser merbahaya ini,” ujarnya lagi.

Jojo yang sangat prihatin untuk melakukan aktiviti yang mendatangkan kebaikan kepada masyarakat juga menggalakkan orang ramai untuk menderma darah yang dilakukan oleh Pusat Darah Negara.

“Bayangkan, setiap kali menderma darah, kita boleh menyelamatkan tiga orang pesakit,” katanya penuh semangat.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan