Rahim Razali Wawancara 13 Wira Sukan Negara

Diterbitkan: Ahad, 17 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Rahim Razali bersama-sama mengimbau kenangan Marina Chin di stadium.
Datuk Rahim Razali bersama-sama mengimbau kenangan Marina Chin di stadium.

PETALING JAYA: Pengulas sukan tersohor negara, Datuk Rahim Razali kembali dalam pengacaraan sukan apabila menerajui program semu-dokumentari berjudul Arena Sukan mulai 29 Julai ini, setiap Jumaat, pukul 11.30 malam di Astro Arena (saluran 801).

Program 13 episod bercorak santai ini diangkat kembali daripada siri sukan yang popular sekitar 70-an yang diberi nafas baru. Untuk musim ini, Arena Sukan menampilkan 13 wira sukan negara daripada pelbagai jenis sukan.

Mereka adalah Sultan Perak, Tuanku Sultan Azlan Shah, Adnan Saidin, Zainal Abidin Hassan, Datuk Eddy Choong, Datuk Ghani Minhat, Rosman Alwi, Datuk M Rajamani, Dr P. S. Nathan, M Kumaresan, Datuk Malek Noor, Ishtiaq Mubarak dan Minarwan Nawawi.

“Dalam program ini, kami melakukan penggambaran luar dari studio dan berkunjung ke rumah atau stadium berdekatan dengan tokoh-tokoh yang pernah berkhidmat dalam sukan negara ini.

“Saya memperkenalkan semula tokoh-tokoh ini dan berbual tentang pelbagai perkara termasuk kehidupan mereka kerana ada yang sudah bersara daripada sukan tersebut,” katanya yang berada di Alor Star, Kedah untuk menemubual Adnan Saidin ketika dihubungi mStar Online, Sabtu.

Kata Rahim, penggambaran untuk Arena Sukan dilakukan pada waktu lapangnya kerana dalam masa yang sama dia sedang menjalani penggambaran beberapa drama, telefilem dan sebuah filem untuk pasaran antarabangsa berjudul Spilt Gravy On Rice yang diarahkan oleh Datuk Zahim Albakri.

Walaupun terpaksa berulang-alik ke banyak lokasi penggambaran, namun pelakon popular menerusi filem Cinta dan Abang ’92 ini akan sedaya upaya melaksanakan kerjanya selagi mampu.

“Selagi ada kudrat saya akan terus berkarya dan sudah terbiasa bergerak ke sana dan sini. Nasib baiklah kebanyakan penggambaran dilakukan di sekitar Kuala Lumpur, cuma untuk Arena Sukan saya terpaksa bergerak jauh mengikut tempat tinggal tokoh-tokoh ini seperti di Perak, Kedah dan Perlis.

“Saya akan sibuk dengan penggambaran sehingga pertengahan bulan Ramadan ini. Selepas itu, saya belum merancang aktiviti seterusnya,” katanya yang dalam masa yang sama bersyukur kerana masih dikurniakan tubuh badan yang sihat.

Menyentuh tentang Spilt Gravy On Rice, filem menggunakan 80 peratus dialog dalam bahasa Inggeris dan 20 peratus dalam bahasa Malaysia itu turut dilakonkan oleh Juliana Ibrahim, Sean Ghazi dan Zahim Albakri.

“Filem ini diadaptasi daripada teater yang mana ia mengisahkan tentang anak-anak yang mengharungi kehidupannya selepas kematian bapanya. Dari situ, timbul pelbagai jenis konflik kekeluargaan,” ceritanya yang masih menjalani penggambaran filem tersebut sekitar Kuala Lumpur.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan