Jennifer Lopez & Marc Anthony Bakal Bercerai - Berita Hiburan | mStar

Jennifer Lopez & Marc Anthony Bakal Bercerai

Diterbitkan: Ahad, 17 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JLo dan Marc sedang dalam proses penceraian.
JLo dan Marc sedang dalam proses penceraian.

WALAUPUN tampak mesra beberapa minggu lalu, pasangan popular Hollywood, Jennifer Lopez (JLo) dan Marc Anthony tiba-tiba mengumumkan untuk bercerai.

Selang lebih sebulan selepas menyambut ulang tahun perkahwinan ke-7, kedua-duanya mengeluarkan kenyataan untuk mengakhiri perkahwinan mereka.

"Kami memutuskan untuk berpisah. Ini adalah keputusan yang sangat sulit. Tapi kami harus mencari penyelesaian kepada hubungan ini dan menghargai privasi masing-masing," kata Jennifer dan Marc kepada beberapa portal hiburan di Hollywood Sabtu.

Namun, pasangan ini tidak menyatakan sebab mereka mahu bercerai.

Kedua-dua penyanyi lagu No Me Ames ini berkahwin pada 5 Jun 2004 dan memiliki dua anak kembar berusia 3 tahun, Emme dan Max.

Ini adalah perceraian ketiga JLo dan perceraian kedua bagi Marc. Juri American Idol ini pernah berkahwin dengan seorang pengusaha restoran bernama Ojani Noa pada tahun 1997 hingga 1998 dan penari latar Cris Judd dari 2001-2003.

Sementara, Marc pernah berkahwin dengan Miss Universe, Dayanara Torres.

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan