Enrique Iri Hati Dengan Beckham & Depp

Diterbitkan: Ahad, 17 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI berdarah Latin, Enrique Iglesias (gambar) masih belum berpuas hati dengan kejayaannya dalam bidang seni dan mengakui iri hati dengan pemain bola sepak David Beckham dan pelakon Johnny Depp.

Enrique berharap mampu mengikut jejak langkah kedua-duanya kerana mereka dianggap sebagai lelaki paling bergaya dalam dunia hiburan ketika ini.

"Secara peribadi saya ingin menjadi seperti David Beckham kerana stailnya 100 peratus bagus.

"Johnny Depp juga mempunyai stail yang menarik walaupun sudah berusia 40-an kerana dia kelihatan seperti 30-an," ujarnya, menurut Contact Music.

Enrique jarang memilih pakaian yang tepat, terutama ketika menjalani penggambaran klip video.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan