Deejay Aanantha Kongsi Pengalaman Hidup

Diterbitkan: Sabtu, 16 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pelakon, penyanyi, dan penyampai radio THR Raaga, deejay Aanantha mengakui seronok berkongsi pengalaman dan kisah hidupnya bersama 20 orang kanak-kanak yang menyertai Bengkel Bakat – Persona pada pertengahan Jun lalu.

Jelas Aanantha, pengalaman dan kesukaran yang pernah dilalui untuk mencapai kejayaan dijadikan panduan kepada kanak-kanak yang mempunyai minat yang sama sepertinya.

“Perjalanan hidup sehingga saya sampai ke tahap hari ini bukanlah mudah. Sebahagian daripada kesukaran yang dihadapi datang daripada tiadanya tempat untuk saya meminta nasihat bagi membantu saya mengejar impian.

"Ditambah pula dengan harapan ibu bapa yang inginkan saya mencari kerja makan gaji yang pada anggapan mereka lebih sesuai.

"Namun begitu, segala kerja keras, keyakinan diri dan ketabahan akhirnya telah membuahkan hasil, kerana kini saya boleh mengatakan dengan bangga bahawa saya pada hari ini sedang menjalani kehidupan yang saya minati dan impikan,” kata ketika ditemui di sini, Khamis.

Bengkel yang dianjurkan sempena pelantikannya sebagai duta kempen Persona Sememangnya Lebih Sempurna bertujuan mendedahkan tentang kelebihan daripada aktiviti sukan, kesenian dan muzik ke dalam kehidupan mereka.

Bengkel ini juga mendapat kerjasama dengan The Actors Studio Academy bagi melatih dan merealisasikan keyakinan menyuarakan pendapat di kalangan kanak-kanak melalui teater dan seni.

Selain Aanantha, kempen yang bermula April sehingga Ogos itu turut disertai oleh dua penyampai radio lain iaitu Dj Lin dari Suria FM dan Jack Lim (MY FM) sebagai simbolik kepada slogan 1Malaysia.

Menurut Aanantha, pelbagai acara dalam program tersebut adalah tertumpu kepada lakonan menerusi permainan teater, seni vokal melalui persembahan lagu dan tarian menerusi reka tari pop.

"Kanak-kanak tersebut didedahkan dengan lakonan, komunikasi dan penampilan peranan apabila mereka ditugaskan untuk melakonkan watak-watak dalam persekitaran lazim, dan dari situ, mereka akan berkongsi pengalaman dan perasaan apabila mereka memainkan sendiri watak orang lain.

"Pada hari kedua, kanak-kanak berpeluang untuk mendengar ceramah dari Datuk Faridah Merican yang bercerita tentang perjalanan kerjaya beliau di pentas dan di televisyen.

"Acara kemuncak pada hari tersebut adalah apabila kanak-kanak tersebut membuat persembahan muzikal berdasarkan apa yang telah mereka pelajari daripada bengkel," katanya.

Seterusnya, DJ Aanantha telah memilih tiga orang kanak-kanak daripada bengkel tersebut, di mana beliau akan menjadi mentor mereka secara peribadi sepanjang tempoh kempen ‘Persona, Sememangnya Lebih Sempurna’.

Mereka akan diberi panduan dan dibimbing untuk mengembangkan lagi bakat dan keyakinan mereka dan akan ditampilkan di dalam video muzik DJ Aanantha yang baharu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan