Bekas Ahli Bomba Australia, Mahu Cipta Nama Di Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 14 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Geofrey aktif berlakon di negara ini. - Foto ihsan GEOFREY
Geofrey aktif berlakon di negara ini. - Foto ihsan GEOFREY

KUALA LUMPUR: Pelakon baru berketurunan Australia, Geofrey Perrin Williams, 27, yang mencuba nasib dalam bidang lakonan di negara ini akui bersungguh-sungguh melakukan setiap perkara yang diidamkan.

Jika sebelum ini, dia berjaya menguasai bahasa Malaysia sejak 12 tahun lalu. Kini, dia sedang berusaha menjiwai watak Hugh Clifford untuk pementasan teater muzikal Bahaman di Istana Budaya pada 12 hingga 18 Januari 2012.

“Saya perlu membuat rujukan tentang watak ini agar dapat sesuaikan dengan ‘gimik’ karakter itu sendiri. Selain itu, mungkin saya banyak bermain dengan ekspresi muka.

“Saya mengambil masa untuk mencari maklumat tentang Clifford melalui Internet pada setiap minggu,” katanya yang pertama kali berlakon teater secara profesional.

Sebelum ini, dia pernah terlibat dengan pementasan di sekolah. Diperakui jiwanya lebih dekat dengan seni dan budaya.

Untuk menjayakan teater ini, anak ketujuh dari sembilan beradik ini perlu menyanyi dan dijangka dia turut akan menyanyikan lagu dalam bahasa Malaysia.

“Saya hanya akan menyanyi lagu yang diberikan mengikut kemampuan saya walaupun kekasih saya ketawa lucu apabila saya menyanyi,” katanya yang sering diberikan watak lelaki kacukan Inggeris.

Antara drama yang pernah dilakonkan termasuklah Habil dan Qabil, Cikgu Kemisah Kirby, Jangan Bunuh Matahariku, Jodoh Oh Jodoh, Durja Ningsun, Ar Rayyan dan Lilin Cinta.

Sementara filem adalah Azura, Haq, Hantu Bonceng dan sebuah filem dengan penyanyi Taiwan, Jay Choy yang terpaksa dirahsiakan judulnya.

Pemuda berasal dari Gold Coast, Australia ini akui sukar untuk membawakan sesuatu watak sehingga terpaksa menahan telinga daripada dimarahi pengarah.

“Semasa mula-mula berlakon tiga tahun lalu, saya rasa susah sangat nak berlakon. Tetapi nasib baik juga ada beberapa pengarah seperti Amy Maziah dan Faizal Ishak yang sudi menolong.

“Demi mendapatkan ‘mood’ dalam lakonan, saya pernah dimarahi oleh Faizal Ishak dua hingga tiga kali,” katanya yang pernah berkhidmat sebagai ahli bomba di negara asalnya.

Namun begitu, dia sudah berhenti kerja dan nekad bergelar pelakon sepenuh masa. Setelah kembali ke Malaysia pada empat tahun lalu, dia menetap di Bangsar.

Sebelum itu, dia mengikut ibunya yang berkahwin buat kali kedua dengan lelaki berketurunan India dari Kedah berhijrah ke negara ini seawal usianya empat tahun.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan