Muzik FM Tampil Konsert Hari Raya 1 Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 13 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa artis popular dari pelbagai kaum menjayakan rakaman Konsert Raya 1 Malaysia, Stesen Radio Muzik FM sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma.

Menurut penerbitnya, Masnah Abdul, tema konsert Hari Raya tahun ini ialah berkonsepkan 1 Malaysia yang secara tidak langsung melambangkan perpaduan dan integrasi nasional.

"Konsert kali ini berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya dan kita menumpukan kepada perayaan 1 Malaysia yang disambut bukan sahaja kaum Melayu tetapi juga Cina, India dan bumiputera lain.

"Oleh yang demikian kami membawakan artis-artis terkenal yang mewakili kaum masing-masing malah mereka juga mempunyai peminat tersendiri daripada pelbagai kaum," jelasnya ketika ditemui selesai rakaman Konsert Raya 1 Malaysia Muzik FM.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah Bahagian Program Radio RTM, Siti Mohani Saad, Timbalan Pengarah Bahagian Radio RTM, Zainal Abidin Asri, serta bekas Pengurus Muzik FM, Fee Lin Chiew.

Manakala, artis yang menjayakan konsert tersebut adalah Mawi, Francisca Peter, Dayang Nurfaizah, Stacy, Akim, Sheila Abdul, Danial Lee dan DJ Anand.

Selain itu, seramai 18 orang anak yatim dari Rumah Anak-Anak Yatim Shifa, Setapak di sini, turut diraikan dan menerima sumbangan duit raya dan barang kelengkapan sekolah daripada Giant Malaysia.

Rancangan berkonsepkan muzikal ini akan diselang-seli dengan temu bual di antara deejay stesen radio itu dan tetamu kehormat RTM, kakitangan Restoran Seri Melayu yang menaja lokasi dan para tetamu yang hadir.

Konsert raya ini merupakan rancangan kali ketujuh diadakan oleh stesen radio tersebut sempena menyambut 1 Syawal. Ia akan disiarkan pada Hari Raya pertama dan kedua.

Selain itu, Muzik FM turut menyiarkan rancangan Rock & Akustika Raya Rock Selamba Muzik FM sepanjang Syawal tahun ini.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan