FFM24 : Penyertaan Filem Cina, India Tempatan Diperlukan

Diterbitkan: Rabu, 13 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pengerusi Publisiti & Promosi Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24), Ahmad Ibrahim (kiri) bersama sekretariat penganjuran pada sidang media di Hotel Ancasa, Kuala Lumpur, Selasa. - Foto oleh BRIAN MOH
Pengerusi Publisiti & Promosi Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24), Ahmad Ibrahim (kiri) bersama sekretariat penganjuran pada sidang media di Hotel Ancasa, Kuala Lumpur, Selasa. - Foto oleh BRIAN MOH

KUALA LUMPUR: Penganjur Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24), Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) mengalu-alukan penyertaan daripada penerbit dan karyawan filem Cina dan India tempatan menyertai festival berkenaan pada tahun ini.

Menurut Pengerusi Promosi dan Publisiti FFM24, Ahmad Ibrahim, mereka mahu menampilkan kelainan pada pengisian acara itu berbanding dengan penganjuran oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dalam festival-festival sebelum ini.

Justeru itu, pihaknya berharap agar karyawan filem Cina dan India dapat menghantar penyertaan masing-masing bagi dipertandingkan dalam kategori baru yang diperkenalkan sejak tiga tahun lalu iaitu filem bukan Melayu terbaik.

Dalam masa yang sama katanya semua penerbit filem tanpa mengira bahasa yang menghasilkan filem dan mendapat kelulusan wajib tayang bermula 24 Oktober 2010 hingga 1 Oktober 2011 diminta untuk menghantar penyertaan mereka sebelum atau pada 15 Ogos depan.

"Kami ingin menampilkan kelainan pada penganjuran kali ini agar ia lebih berprestij dan diraikan bukan saja oleh karyawan Melayu tetapi juga penggiat filem Cina dan India tempatan.

"Namun, kita memerlukan penyertaan sekurang-kurangnya lima filem Cina dan India untuk merealisasikan kategori itu.

"Setakat ini, kita sudah ada lebih daripada enam filem untuk dipertandingkan dan berharap lebih ramai penerbit filem Cina dan India menghantar penyertaan mereka," katanya yang ditemui selepas sidang media pertama FFM24 di Hotel Ancasa, di sini, Selasa.

Tambahnya, selepas 23 kali penganjuran sudah tiba masanya FFM turut diraikan oleh karyawan dan masyarakat Cina dan India di negara ini dan tidak hanya terhad kepada bangsa Melayu seperti yang sebelum ini.

"Kami mahu festival ini diraikan oleh seluruh penggiat dan masyarakat Malaysia dan tidak hanya dirasai oleh penggiat, artis dan penonton Melayu semata-mata.

"Jika sebelum ini, hanya kelompok tertentu yang berkaitan saja akan terlibat dalam FFM tetapi mulai tahun ini kita mahu menghasilkan sebuah festival yang boleh mendekati masyarakat berbilang kaum di negara ini," katanya.

Bagi menyemarakkan lagi sambutan FFM24, Gafim akan memulakan acara pertama iaitu majlis pra pelancaran festival pada 25 Julai ini di Kompleks Kraf, Jalan Conlay, di sini.

Majlis itu nanti akan meraikan para penggiat filem tanah air berbilang bangsa dan bahasa, selain peminat-peminat bertuah.

Dalam masa yang sama senarai filem-filem bertanding akan turut diumumkan selain beberapa kategori lain dalam FFM24 kali ini.

"Kita mahu festival kali ini menjadi sebuah acara yang disertai dan diraikan oleh semua pihak. Selain pengumuman senarai filem dan artis yang dicalonkan, ia juga memaparkan pameran sejarah filem Malaysia dari era hitam putih lagi," katanya yang menjelaskan FFM24 tahun ini bertemakan 'Gemilang Filem Malaysia'.

Selain 300 karyawan dan artis, Gafim turut mengundang 200 pembaca bertuah untuk sama-sama memeriahkan acara tersebut.

Pembaca boleh mendapatkan pas percuma di pejabat Sekretariat FFM24 di No. 27-1, Jalan 3/4CD, Desa Melawati atau hubungi 03-41074525 pada waktu pejabat sebelum 22 Julai.

Selain malam pra pelancaran, beberapa aktiviti lain yang dirancang menjelang festival itu termasuklah majlis berbuka puasa, rumah terbuka Aidilfitri, siri jelajah promosi, karnival walkathon, pertandingan golf amal, majlis makan malam dan malam penghargaan sekretariat dan penaja FFM24.

Kemuncak FFM24 yang akan berlangsung pada 19 November depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) akan disiarkan secara langsung di Astro Prima (saluran 105).

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan