Siti Nurhaliza Mahu Tunggang Motosikal Berkuasa Tinggi

Diterbitkan: Selasa, 12 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Datuk Siti Nurhaliza Taruddin ketika konsert SimplySity di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Datuk Siti Nurhaliza Taruddin ketika konsert SimplySity di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

SHAH ALAM: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Taruddin mempunyai satu hobi baru iaitu menunggang motosikal berkuasa tinggi bersama suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa.

Menurut Siti, hobi tersebut mula diminatinya selepas dia dan suami pulang daripada percutian di Capetown awal Mei lalu.

"Memang ini merupakan hobi baru kami. Lagipun sejak kecil lagi saya suka menunggang motosikal di kampung.

"Cuma saya dah tak menunggang motorsikal sejak bergelar penyanyi dan aktiviti ini mengimbas kembali zaman saya kecil-kecil dulu," katanya.

Tambah anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini, aktiviti tersebut memberikan dia dan suami idea untuk membuat pembukaan Konsert Malam Gala SimplySiti dengan menaiki motosikal Harley Davidson yang ditunggang suami ke depan pentas di Dewan Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini, Sabtu.

Pada malam tersebut Siti menyambut ulang tahun produk kecantikannya, SimplySiti yang pertama bersama tiga penyanyi undangan iaitu Amy Search, Aizat dan Ana Raffali.

Pada malam itu, Siti membawakan sebanyak enam buah lagu iaitu Destinasi Cinta, Bulan Yang Mesra, Biarlah Rahsia, Lagu Kita (duet bersama Aizat), Seindah Biasa dan lagu baru Falling In Love.

Siti turut melancarkan dua produk baru koleksi SimplySiti Vogue Edition dan SimplySiti Lovely Edition.

Kedua-dua koleksi terbaru SimplySiti adalah merupakan edisi khas sempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan