Gig TV9 Berjaya Tarik 15,000 Pengunjung

Diterbitkan: Isnin, 11 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Wings turut serta memeriahkan festival indie terbesar Gig TV9. FOTO SHAARI CHE MAT
Wings turut serta memeriahkan festival indie terbesar Gig TV9. FOTO SHAARI CHE MAT

SHAH ALAM: Lebih 15,000 pengunjung menghadiri festival indie dan rock terbesar Malaysia, GIG TV9 yang berlangsung selama dua hari iaitu pada Sabtu dan Ahad di i-City, Shah Alam.

Karnival yang membawa barisan kumpulan muzik rock tempatan seperti Wings, Hujan, Bunkface dan 6ixth Sense dan Aizat itu telah menarik golongan remaja untuk bersama-sama meraikannya.

Menurut Pengurus Besar TV9, Sherina Nordin, objektif utama penganjuran tersebut adalah untuk memberikan pendedahan kepada remaja mengekspresikan diri melalui muzik dan aktiviti sihat.

"Kami pasti dengan gabungan elemen muzik, aktiviti dan ekspresi yang kami tonjolkan melalui GiG TV9 ini dapat memupuk kreativiti dan inovasi di kalangan remaja,

"Segala persiapan telah dilakukan mengikut perancangan dan kami yakin semua pengunjung akan berpuas hati dengan konsert tersebut," katanya.

Selain daripada konsert rock malam kemuncak, Ahad, Gig yang berlangsung pada malam Sabtu turut dihiburkan dengan persembahan daripada Pesawat, Azlan & the Typewriter, Projek Pistol, The Azenders, Awanband, Drama Band dan Awi Rafael.

Gig TV9 ini juga telah disiarkan secara langsung pada pukul 9 malam di TV9 dan diterajui oleh penerbit eksekutif Sufian Isa dan Ahmad Shaifullazzam Mohd Arshad.

Sepanjang dua hari penganjuran karnival tersebut, pelbagai aktiviti turut dianjurkan seperti pencarian bakat “Battle of the Indie Bands” yang menawarkan RM 8,000 kepada kumpulan yang bergelar juara.

Selain itu bengkel muzik Kita Punya Gig Workshop yang dikelolakan oleh nama-nama besar di dalam industri muzik tempatan telah diadakan untuk berkongsi informasi dan pengalaman kepada generasi baru.

Sementara itu, Gig TV9 ini juga memberi peluang kepada remaja dan belia untuk mengekspresikan diri melalui aktiviti-aktiviti yang menjadi trend masa kini seperti demonstrasi basikal fixie, pertandingan Hero Gitar, Karaoke Rockstar, artis Grafiti serta memberikan platform kepada usahawan remaja untuk berniaga melalui Indie Flea Market.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan