Ning Baizura Timba Ilmu Di Luar Negara Sebelum Bikin Konsert

Diterbitkan: Ahad, 10 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ning menunjukkan album barunya bertajuk Dewa di Zouk.
Ning menunjukkan album barunya bertajuk Dewa di Zouk.

KUALA LUMPUR: Penyanyi Ning Baizura, ingin menimba ilmu dengan menyaksikan beberapa konsert di luar negara sebelum mengadakan konsert sendiri pada 2 dan 3 Disember 2011.

Menurut Ning, dengan cara itu, dia dapat mempelajari teknik-teknik pencahayaan serta sistem audio agar dapat diaplikasikan ke dalam konsertnya yang akan diadakan di KL Life Centre itu.

"Konsert saya nanti akan mengeluarkan kos sebanyak hampir RM1 juta dan saya mahu melakukan yang terbaik buat peminat-peminat saya.

"Justeru itu, untuk langkah pertama, saya akan menyaksikan konsert Celine Dion di Scissor Palace, Las Vegas pada 21 Julai depan.

"Lagipun tiket konsert ini sudah pun dibeli oleh suami, Omar Sharif, awal tahun ini. Katanya ini bersempena dengan hadiah hari jadi saya yang ke 36 tahun pada 26 Jun lepas," katanya yang ditemui pada pelancaran album Ning, Dewa di Zouk, di sini, Jumaat.

Tambah penyanyi yang popular dengan lagu Mama Papa ini, dia juga akan menyaksikan konsert-konsert lain serta persembahan akrobatik.

Dalam pada itu, selepas menyaksikan beberapa konsert di beberapa lokasi di luar negara, dia akan melawat anak-anak suaminya dia United Kingdom (UK).

"Mungkin kami akan menyambut Hari Raya di sana dan ini merupakan kali pertama beraya bersama keluarga Omar.

"Malah saya turut membawa ibu saya, Stella ke sana dan saya percaya sambutan Hari Raya pada tahun ini tentu meriah!" Ujar Ning bersemangat.

Sementara itu, Ning akan mengadakan persembahan konsert amal di beberapa lokasi di London dan Nottingham pada Mac tahun depan.

Malah Ning turut akan membuat konsert mini jelajah di setiap Universiti di UK untuk menghiburkan pelajar-pelajar Malaysia di sana.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan