Cinta Romantis Drakula Dalam The Vampire Diaries

Diterbitkan: Ahad, 10 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Memandangkan cerita seram semakin diminati ramai, stesen 8TV akan menyiarkan cerita romantis drakula kegemaran ramai The Vampire Diaries musim kedua bermula 12 Julai depan, setiap Selasa.

Musim kedua kali ini berkisarkan tentang dua beradik drakula yang jatuh cinta dengan seorang gadis cantik dan pada yang sama perlu menyelamatkan bandar yang mereka diami dari serangan drakula- drakula jahat.

Stefan (Paul Wesley) dan Damon Salvatore (Ian Somerhalder) kembali ke bandar Mystic Falls, Virginia atas beberapa agenda. Dua beradik ini masing-masing ingin memenangi hati Elena (Nina Dobrev) yang mempunyai wajah seiras dengan seorang drakula cantik bernama Katherine Pierce sekitar tahun 1864.

Selain itu penonton bakal menyaksikan kemunculan Katherine Pierce yang akan mencetuskan salah-faham dan kekecohan di antara Stefan, Elena dan Damon.

Serigala jadian juga merupakan satu watak yang menjadi tarikan untuk musim ini. Bapa saudara Tyler, Mason Lockwood akhirnya mendedahkan identiti sebenar beliau sebagai serigala jadian.

Mason memberitau Tyler tentang sumpahan “Lockwood” yang ada dalam gen keluarga mereka dan untuk mengaktifkan gen tersebut mereka perlu membunuh manusia.

Drama bersiri ini pasti dinanti-nanti oleh penonton lebih-lebih lagi dengan penyampaian plot dan jalan cerita yang menarik di samping pelakon-pelakon yang hebat.

"Kisah cinta drakula dengan gadis cantik ini berjaya memikat berjuta penonton seluruh dunia.

"Saya harap peminat setia berpuas hati dengan musim terbaru siri ini,” kata Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7.

Nantikan kejutan The Vampire Diaries yang pastinya membuat penonton tidak sabar menantikan sambungan drama ini.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama bersiri hangat ini yang akan menemani penonton setiap Selasa jam 9.30 malam.

Penonton juga boleh menonton siaran 8TV menerusi saluran 708 Astro atau layari laman sesawang www.8tv.com.my atau www.tonton.com.my.

Dalam pada itu kini program-program 8TV juga boleh ditonton menerusi telefon bimbit anda dengan mendaftar masuk ke mobile.8tv.com.my.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan