Beckham Papar Foto Perut Victoria - Berita Hiburan | mStar

Beckham Papar Foto Perut Victoria

Diterbitkan: Sabtu, 9 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

David Beckham
David Beckham

SEBELUM ini, fashionista Victoria Beckham pernah menyatakan bahawa dia tidak ingin mengambil foto bogel ketika hamil seperti yang dilakukan oleh kebanyakan selebriti lain.

Bagaimanapun, suaminya, David Beckham tidak dapat menahan perasaannya untuk menunjukkan perut isterinya itu kepada umum.

Diam-diam pemain bola sepak LA Galaxy itu telah mengambil foto Victoria yang sedang berbikini dan memaparkannya menerusi akaun Facebook miliknya tanpa pengetahuan isterinya itu.

"Saya ambil foto Victoria tanpa dia sedar. Saya kagum dengan tubuh badannya lebih-lebih lagi ketika dia sedang sarat mengandung. Saya harap dia tak marah," katanya.

Foto hitam putih itu menunjukkan bekas ahli kumpulan Spice Girls sedang mengenakan kain lebar menutup bahagian bikini dengan mengenakan cermin mata hitam.

Foto tersebut diambil Beckham beberapa hari selepas pengakuan Victoria yang enggan mengambil gambar bogel.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan