Sting Batal Konsert Di Kazakhstan

Diterbitkan: Rabu, 6 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LOS ANGELES: Kumpulan Sting membatalkan persembahan mereka di Kazakhstan kerana tidak mahu mempromosikan negara tersebut.

Seperti dipetik Pipstream, pembatalan konsert tersebut juga berikutan situasi pergolakan yang berlaku di negara itu.

Para pekerja di Kazakhstan dikatakan bimbang dengan serangan daripada pihak militan yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran negara tersebut.

Sting membatalkan persembahannya di Festival Day di Astana, Kazakhstan, Isnin.

Kenyataan pembatalan konsert dibuat sejurus sahaja kumpulan tersebut mengetahui tentang perkara itu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan