Lufya Akui Pernah 'Dilamar' Anang

Diterbitkan: Rabu, 6 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lufya tidak pernah patah semangat untuk meneruskan minat dalam bidang nyanyian biarpun berdepan pelbagai rintangan. - Foto ONG SOON HIN
Lufya tidak pernah patah semangat untuk meneruskan minat dalam bidang nyanyian biarpun berdepan pelbagai rintangan. - Foto ONG SOON HIN

KUALA LUMPUR: Penyanyi Lutfyah Sheikh Omar, 26, (Lufya) mengakui pernah dilamar penyanyi dan komposer Indonesia, Anang Hermansyah sebagai teman duet dua tahun lalu, sebelum bekas suami penyanyi Krisdayanti itu bekerjasama dengan Syahrini dan Ashanty.

Namun, dia terpaksa menolak tawaran keemasan itu disebabkan oleh perselisihan jadual kerjanya yang ketika itu terikat dengan projek lakonan.

"Tawaran berduet itu hadir dua tahun lalu ketika Anang mencari pasangan untuk album duetnya. Ia berlaku sebelum Anang berduet dengan Syahrini lagi.

"Kami kenal ketika saya berkunjung ke rumah sanak-saudara di Bali dan dia meminta saya hantarkan demo kepadanya.

"Mungkin bukan rezeki kami untuk bekerjasama apabila saya terpaksa menolak tawaran itu kerana sudah terikat dengan komitmen drama," katanya yang ditemui pada pelancaran single pertamanya iaitu Diam di Hard Rock Cafe, di sini, Selasa.

Bertitik-tolak daripada tawaran itu, bekas peserta program Akademi Fantasia musim keenam (AF6) ini mengakui kian bersemangat untuk meneruskan perjuangan dalam nyanyian walaupun berdepan pelbagai dugaan.

"Perjuangan saya dalam nyanyian selepas AF6 penuh dengan rintangan. Kritikan dan kecaman pelbagai pihak memberi kekuatan untuk saya meneruskan minat ini.

"Kini saya selesa bergerak dan berkarya atas usaha sendiri. Walaupun ia memakan masa dan mencabar, saya mendapat restu dan sokongan keluarga," katanya.

Mengulas tentang melodi lagu Diam yang mula diilhamkan lebih lapan tahun lalu itu, Lufya berkata, dia mengambil masa lebih dua tahun untuk menulis liriknya kerana tidak berkeyakinan untuk tampil sebagai penyanyi sebelum ini.

"Selepas AF6, peluang lebih menjurus pada lakonan berbanding nyanyian. Walaupun ketika itu saya sudah memiliki lagu-lagu sendiri tapi saya simpan hasrat itu kerana tiada pihak yang meyakini kebolehan saya.

"Pengalaman berlakon selama dua tahun memberi ilham untuk menghasilkan lebih banyak lagu.

"Dengan kos penerbitan hasil simpanan sendiri dan tajaan beberapa pihak, kini saya mahu fokus dan serius dalam nyanyian dan lakonan," katanya yang turut tampil dengan klip video lagu itu.

Tambah Lufya, seandainya lagu berentak pop rancak itu mendapat respons positif, dia bercadang untuk mengeluarkan lapan hingga 10 lagi lagu ciptaannya secara berperingkat selepas ini.

"Apabila lagu Diam dihantar ke stesen radio hujung tahun lalu, ia tidak mendapat sambutan ekoran tiada publisiti.

"Saya harap dengan pelancaran single ini akan menarik perhatian stesen radio untuk memutarkan semula lagu ini," katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan