Kahoe Teruja Belajar Di Los Angeles

Diterbitkan: Rabu, 6 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hon Kahoe (kanan) bersama rakannya.
Hon Kahoe (kanan) bersama rakannya.

PETALING JAYA: Pelakon filem Crayon dan Talentime, Hon Kahoe, 18, berkongsi perasaan seronok dan terujanya apabila berpeluang belajar di New York Film Academy, Los Angeles sejak lima bulan lalu.

Dia yang sedang mengikuti pengajian dalam bidang film making di universiti itu tidak mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling memandangkan rakan-rakan dan penduduk tempatan di sana memberikan layanan yang baik kepadanya.

“Saya rasa tidak susah untuk berdikari di tempat orang sebab orang di sana baik hati. Saya bergaul dengan pelbagai jenis orang seperti orang Amerika, Mexico, Brazil, Colombia, India, Pakistan, Ghana dan Nigeria. “Bagaimanapun, saya tetap merindui tanah air tetapi setakat ini belum pasti bila boleh pulang ke sana,” katanya menyewa sebuah rumah di Burbank, Los Angeles, menerusi e-mel kepada mStar Online.

Selain belajar, Kahoe seronok melakukan pelbagai aktiviti kegemarannya di waktu lapang.

“Saya suka bermain luncur air, bermain bola sepak dan membuat filem,” ujarnya yang sedang menikmati musim panas di sana.

Setelah diselidik, Kahoe sebenarnya belajar di universiti sama dengan pelakon Diana Danielle yang mengambil jurusan lakonan sebelum ini.

Dia dijangka menamatkan pengajiannya pada Mac tahun depan.

Bercerita tentang pengajiannya, Kahoe baru sahaja menyiapkan filem pendek berjudul No One Knows untuk projek kursusnya itu.

“Saya baru menayangkan filem pendek saya di Warner Bros. Saya akan memuat turun filem pendek berdurasi 15 minit ini di laman sesawang YouTube,” katanya lagi.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan