Parti Kostum Hantu Simbolik Filem ‘Tolong! Awek Aku Pontianak’

Diterbitkan: Isnin, 4 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Antara tetamu yang hadir ke majlis Parti Kostum filem Tolong! Awek Aku Pontianak. - Foto LOW BOON TAT
Antara tetamu yang hadir ke majlis Parti Kostum filem Tolong! Awek Aku Pontianak. - Foto LOW BOON TAT

KUALA LUMPUR: Parti kostum hantu bersempena dengan kemunculan filem Tolong! Awek Aku Pontianak pada 7 Julai ini telah berlangsung sebagai simbolik kepada salah satu adegan dalam filem itu.

Filem lakonan Zahiril Adzim, Sazzy Falak, Liyana Jasmay, Sufian Mohamed, Nurul Wahab, Bell Ngasri dan Harun Salim Bachik itu akan menemui penonton di 51 buah pawagam seluruh Malaysia.

“Majlis ini diadakan sebagai simbolik kepada salah sebuah babak dalam filem Tolong! Awek Aku Pontianak dan selama dua minggu saya dan pihak Tayangan Unggul Sdn Bhd berbincang untuk menjayakan majlis ini.

“Hasil perbincangan, saya telah menganjurkan penyertaan ini kepada pembaca Budiey.com serta meminta mereka mengantar emel yang mengandungi slogan, jenis pakaian mengikut tema dan sebab ingin menonton filem ini,” kata Budiey, blogger dari portal hiburan Budiey.com selaku salah seorang penganjur di Megaview 1, Menara Kuala Lumpur.

Menurutnya, seramai 180 tetamu yang hadir termasuk para pelakon filem tersebut dan rakan artis lain seperti Shila Amzah, Farawahida dan Farina AF8 yang membuat persembahan dalam majlis itu.

“Majlis seperti ini memberikan sedikit kelainan dan lebih meriah berbanding majlis yang pernah dianjurkan sebelum ini.

“Jika ada peluang bekerjasama dengan pihak penganjur lain, saya akan mengadakan parti kostum lagi,” katanya yang turut menganjurkan majlis ulang tahun Budiey.com pada 7 Januari setiap tahun.

Selain berpeluang memenangi hadiah pakaian terbaik mengikut tema, penonton turut dihidangkan dengan permainan dan menonton secara eksklusif tayangan 30 minit pertama dalam filem ini.

Turut diadakan adalah cabutan bertuah dan peluang memenangi 30 hadiah di mana hadiah utama sumbangan Canon berupa kamera video Canon Legria HFR16 manakala hadiah Kostum Lelaki Terbaik dan Kostum Wanita Terbaik masing-masing adalah kamera digital Canon PowerShot A3300IS.

Dalam pada itu, Tayangan Unggul turut menjalinkan kerjasama dengan Kelab Motor Keicarmania di mana pelekat kereta berlogo filem Tolong! Awek Aku Pontianak dilekatkan di 100 buah kenderaan milik ahli kelab motor ini di seluruh negara ini.

Malah 10 buah kenderaan dari kelab ini turut hadir memeriahkan majlis ini.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan