Lanie Amysha Juara Pertandingan Bintang Kecil Zon Sarawak

Diterbitkan: Ahad, 3 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lanie Amysha Mohamad Nor. - Foto THE STAR Oleh ANDRE OLIVEIRO
Lanie Amysha Mohamad Nor. - Foto THE STAR Oleh ANDRE OLIVEIRO

KUCHING: Dorongan dan didikan ibu dalam bidang nyanyian, akhirnya membuahkan hasil apabila pelajar berusia 11 tahun, Lanie Amysha Mohamad Nor, muncul juara Pertandingan Bintang Kecil RTM zon Sarawak 2011.

Pelajar Tahun Lima dari Sekolah Pulo, Petra Jaya di sini mengalahkan tujuh finalis dengan dendangan lagu berjudul "Memori Tercipta" di sini Sabtu.

Lanie Amysha, yang pernah menyertai pelbagai pertandingan nyanyian sejak beusia lima tahun, akan mewakili zon Sarawak pada Pertandingan Bintang Kecil Kebangsaan 2011.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyampaikan hadiah wang tunai berjumlah RM2,000, piala dan sijil kepada Lanie Amysha.

Naib juara disandang oleh pelajar Tahun Tiga Sekolah Encik Buyong di sini, Muhammad Shahrezza Abu Samah, dengan lagu berjudul "Samudera".

Beliau menerima hadiah wang tunai berjumlah RM1,500, piala dan sijil manakala tempat ketiga dimenangi oleh Siti Norsenasiah Mohd Aderus, 11, dari Sekolah Abang Abdul Kadir, Betong, dengan lagu "Tolong Ingatkan Aku".

Beliau menerima hadiah wang tunai RM1,000, piala dan sijil.

Abang Mohd Fhazlly Abang Abd Manaf, 11, yang menyanyikan lagu "Memburu Impian" memenangi anugerah persembahan terbaik.

Pelajar Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Abdul Kadir, Betong, itu membawa pulang wang tunai RM500, piala dan sijil. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan