Farah, Dayang & Nadine Bersatu Cintai Alam

Diterbitkan: Sabtu, 2 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Farah Asyikin. - Foto YAP CHEE HONG
Farah Asyikin. - Foto YAP CHEE HONG

PETALING JAYA: Penyanyi Farah Asyikin, 32, Dayang Nurfaizah, 30, dan model Nadine Ann Thomas, 24, bersatu hati untuk berkongsi cerita tentang rasa cinta terhadap alam flora dan fauna.

Bagaimanapun hanya Farah dan Nadine yang akan memasuki Hutan Belum di Pulau Banding, Grik, Perak pada 8 hingga 10 Julai ini untuk menjayakan program 'Artis Pencinta Alam' manakala Dayang yang tidak berkesempatan mengikuti mereka kerana mempunyai komitmen kerja hanya menyokong dari belakang.

“Selain muzik, saya mahu menanamkan rasa peka terhadap alam semula jadi sekali gus menonjolkan sisi lain Farah Asyikin.

“Saya rasa terpanggil untuk menyertai program Artis Pencinta Alam apabila pihak penganjur mengalu-alukan penyertaan rakan artis,” kata Farah yang sedang popular dengan lagu Aku Tanpa Kamu, runut bunyi filem Belukar.

Farah yang sudah bersedia untuk berhadapan dengan aktiviti lasak itu tidak sabar untuk menaiki bot sebelum bertemu dengan masyarakat Orang Asli di lokasi berkenaan.

“Saya memang seorang yang lasak dari bangku sekolah lagi dan secara semula jadi sangat menyukai aktiviti seperti ini kerana saya juga pernah mengembara sambil berjalan kaki di sebuah kampung dengan keluarga.

“Apabila terlibat dengan aktiviti berkaitan alam semula jadi ini, saya rasa seperti ia memenuhi jiwa kosong saya sebelum ini. Saya tidak sabar untuk berkongsi mesej tentang alam dengan peminat melalui laman sesawang Twitter dan Facebook,” ujarnya lagi.

Sementara Nadine yang turut aktif melakukan aktiviti lasak sebelum ini ingin menanamkan kesedaran tentang alam kepada orang ramai.

“Saya bukanlah seorang yang cerewet untuk melakukan aktiviti lasak kerana sebelum ini saya pernah menyertai Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) di Tanjong Jara, Terengganu dengan menyelam sambil membersihkan laut dalam pada setiap tahun sejak dianjurkan empat tahun lalu.

“Pada dua bulan lepas, saya menyertai Pelancongan Perak ketika mereka melakukan aktiviti di Hutan Belum Resort di tempat sama yang kami akan pergi nanti,” ujarnya.

Bagi Dayang yang juga merupakan Duta Yayasan Pulau Banding sejak dua tahun lalu, dia mengakui walaupun tidak berpeluang mengikuti dua rakannya itu, dia tidak terlalu hampa kerana pernah mengunjungi tempat yang sama beberapa kali atas komitmen kerja.

“Saya pernah ke Pulau Banding untuk penggambaran klip video dan sesi fotografi kulit album.

“Jika tiada aral nanti, saya akan membawa peminat pergi bercuti bersama-sama ke sana,” beritahunya yang seronok berkongsi pengalamannya ke perkampungan Orang Asli dan tempat pemuliharaan flora.

Dayang yang sedang sibuk dengan persembahan di Kuching, Sarawak dan promosi album terbarunya Dayang Sayang & Cahaya berharap program ini akan menjadi program tahunan dan mampu membuka minda orang ramai tentang alam semula jadi.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan