Luna Maya Mahu Berehat Jadi Pelakon

Diterbitkan: Jumaat, 1 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Luna Maya
Luna Maya

JAKARTA: Artis Indonesia, Luna Maya mengakui terpaksa mengurangkan segala aktiviti seni sejak awal tahun lalu bagi menikmati hidup yang lebih tenang.

Kata Luna, dia sudah terlalu penat dengan penggambaran dan nyanyian yang dilalui beberapa tahun ini.

"Saya akan kurangkan semua aktiviti seni sejak awal tahun 2011 ini hingga tahun seterusnya kerana ingin berehat dalam tempoh yang lama.

"Tapi saya bukan berhenti menjadi seorang artis tetapi tidak mahu seaktif seperti dahulu. Mulai tahun ini saya hanya mengambil satu tawaran sahaja dalam sesuatu masa," katanya seperti dipetik Kompas.com.

Tambahnya, masa terluangnya akan diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah.

Dia mahu ruang untuk mengatur perjalanan hidup yang normal dan mengatur masa dengan baik.

"Saya sedar beberapa tahun kebelakangan ini saya terlalu sibuk seperti ada saja kekurangannya. Kerja tidak pernah habis. Pada waktu ini saya mahu kehidupan yang lebih santai.

"Kalau kita ikutkan kerja sampai bila-bila tidak pernah ada penghujungnya melainkan diri sendiri tekad untuk berkata tidak dan menolak tawaran yang datang," katanya.

Hasilnya, dia mengaku sejak beberapa bulan ini kehidupannya lebih tenang. Dalam pada itu, dia turut mencuba bidang lain dalam kerjayanya iaitu menjadi pengarah untuk sebuah filem.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan