Aizat Gusar Sambutan Peminat Di Kuching

Diterbitkan: Rabu, 29 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aizat akan menjayakan Konsert Borneo Tour di Kuching pada 16 Julai dan Penampang pada 22 Julai ini. - Foto RICKY LAI
Aizat akan menjayakan Konsert Borneo Tour di Kuching pada 16 Julai dan Penampang pada 22 Julai ini. - Foto RICKY LAI

PETALING JAYA: Penyanyi popular, Aizat Amdan begitu gusar dengan sambutan yang akan diberikan oleh penonton Konsert Borneo Tour di Stadium Perpaduan Kuching, Sarawak, pada 16 Julai depan.

Ini kerana stadium tertutup itu mampu menghimpunkan 5,000 penonton dan dia bimbang sekiranya jumlah peminat kurang daripada sasarannya.

“Saya tahu penduduk di Sarawak agak ramai tetapi saya hanya mahu 5,000 penonton yang hadir ke konsert itu nanti.

“Saya mendapat respons ramai juga peminat saya di sana dan sebab itu saya berani untuk melakukan percubaan pertama ini,” katanya kepada mStar Online.

Biarpun begitu, ia tidak melunturkan semangat penyanyi berasal dari Kuala Lumpur ini untuk merealisasikan impiannya menjayakan konsert di Bumi Kenyalang itu.

“Biar apa pun jadi selepas ini, saya tetap akan meneruskan konsert ini. Saya juga berharap peminat dapat menerima kehadiran saya di Kuching dan datang menonton konsert itu nanti,” kata Aizat lagi.

Beberapa hari lalu, penyanyi lagu Pergi dan Kau Aku ini sempat mengadakan persembahan akustik di sebuah pusat hiburan di Kuching. Bagaimanapun dia tidak menyangka dengan sokongan peminat yang memenuhi tempat itu.

“Saya tidak tahu tujuan mereka ke pusat hiburan itu tetapi setelah saya keluar sebentar dari situ untuk menghantar ibu dan bapa saya ke hotel dan kembali semula ke situ, saya dapati mereka yang setia mendengar persembahan saya sudah tiada.

“Tetapi sebelum keluar, saya sempat berbual dan bertegur sapa dengan mereka,” katanya yang turut akan mencipta sebuah lagu untuk Yayasan Taman Harapan berkonsepkan seperti lagu kumpulan Sheila On 7 dan kumpulan Hujan.

Lagu yang masih belum mempunyai judul itu akan dinyanyikan semasa Konsert Borneo Tour itu. Selain itu, dia juga dalam proses menggubah lagu untuk penyanyi rock popular Ella.

Selain ke Kuching, dia juga bakal meneruskan konsert tersebut di Penampang, Sabah pada 22 Julai ini.

Konsert bertemakan Celebration Of Music itu merupakan kesinambungan daripada persembahannya di Auditorium Bentley, Mutiara Damansara pada Januari lalu.

Tiket boleh didapati menerusi laman web www.mall.aizatamdan.com serta di kaunter tiket Stadium Perpaduan Kuching bermula pada 4 Julai dan Dewan KDCA, Penampang (18 Julai). Seramai 1000 pembeli tiket pertama akan ditempatkan di bahagian ‘Rock Zone’ yang terletak berdekatan dengan pentas.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan