AIM18, 10 Kategori Dimansuh

Diterbitkan: Rabu, 29 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Naib Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Adrian Lim (kanan), Ketua Pegawai Pemasaran Celcom Axiata Berhad, Zalman Aefendy Zainal Abidin (dua dari kanan), Naib Presiden, Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh (kiri) dan Naib Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Industri RIM, Rosmin Hashim di sidang media AIM 18 di Hotel Maya, Kuala Lumpur, Selasa. - Foto NORAFIFI EHSAN
Naib Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Adrian Lim (kanan), Ketua Pegawai Pemasaran Celcom Axiata Berhad, Zalman Aefendy Zainal Abidin (dua dari kanan), Naib Presiden, Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh (kiri) dan Naib Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Industri RIM, Rosmin Hashim di sidang media AIM 18 di Hotel Maya, Kuala Lumpur, Selasa. - Foto NORAFIFI EHSAN

KUALA LUMPUR: Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-18 yang akan diadakan pada 12 November depan tampil dengan banyak perubahan ekoran pertambahan penghasilan lagu berbanding album.

Antara perubahan tersebut termasuklah pengurangan sebanyak 10 kategori menjadikan AIM kali ini tampil dengan 19 kategori selain tidak membenarkan karya pemuzik luar.

"Kali ini kita hanya mempertandingkan 19 kategori dan memperkenalkan satu anugerah khas oleh Celcom iaitu Artis Mobile Terbaik.

"Ini kerana kita lebih memfokuskan penghasilan lagu dalam bentuk digital berbanding album," kata Naib Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Adrian Lim dalam satu sidang media di Hotel Maya, di sini, Selasa.

Selain itu, acara pada tahun ini akan diadakan buat pertama kalinya di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini.

Bagaimanapun menurut Lim pada tahun ini juga pihaknya turut memansuhkan kategori Album Terbaik yang melibatkan pencalonan Pop Etnik, Nasyid, Rock, Pop dan Hip Hop.

Bagaimanapun kesemua pencalonan itu dimasukkan di bawah satu kategori iaitu Album Tahunan Terbaik.

“Kami terpaksa menyingkirkan kategori Album Terbaik disebabkan perubahan digital dalam perniagaan muzik,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Pemasaran Celcom Axiata Berhad, Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata pencalonan Artis Mobile Terbaik adalah untuk mempertingkatkan pemasaran muat turun lagu.

“Pemenang akan dipilih berdasarkan muat turun lagu paling tinggi termasuk pembaharuan dalam “Call Me Tones”, kata Zalman.

Selain itu, Celcom juga menawarkan kepada para pelanggan untuk diraikan bersama-sama artis kegemaran mereka dan mendapat layanan setaraf VIP semasa AIM18 menerusi promosi “Be A Star at AIM 18”.

Dalam pada itu, Astro selaku penyiar dan rakan media rasmi AIM18 akan menganjurkan persembahan untuk mempromosikan anugerah ini selain menyiarkan upacara karpet merah dan ucapan pemenang di majlis “post party”,

Karya yang layak menyertai pertandingan ini ialah bagi tempoh penghasilan bermula 1 Januari 2010 hingga 30 Jun 2011.

Sementara tempoh penyerahan borang pencalonan boleh dilakukan bermula 1 Julai hingga 29 Julai ini. Penyertaan dibuka kepada ahli RIM sahaja dan borang boleh didapati oleh semua ahli syarikat rakaman RIM.

Kategori AIM18

1. Artis Baru Terbaik

2. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)

3. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)

4. Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu

5. Kulit Album Terbaik

6. Rakaman Album Terbaik

7. Video Muzik Terbaik

8. Lagu Pop Etnik Terbaik

9. Lagu Nasyid Terbaik

10. Lagu Rock Terbaik

11. Lagu Pop Terbaik

12. Lagu Hip Hop Terbaik

13. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik

14. Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara

15. Anugerah Kembara

16. Anugerah Sri Wirama

17. Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu

18. Lagu Terbaik

19. Album Terbaik

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan