Sabhi Saddi Dapat Sambutan Di Indonesia

Diterbitkan: Selasa, 28 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sabhi Saddi
Sabhi Saddi

PETALING JAYA: Penyanyi Sabhi Saddi, 26, mengakui berasa terkejut apabila projek duetnya bersama penyanyi Indonesia, Vienna Fridiana menerusi single Seperti Dulu Lagi mendapat sambutan luar biasa daripada peminat muzik di negara itu.

Kata Sabhi, dia tidak menduga lagu ciptaan komposer popular Indonesia iaitu Andrew Darmoko itu berjaya memikat peminat-peminat muzik di sana dengan mengungguli carta-carta radio popular di sana.

"Saya tidak sangka lagu duet itu akan mendapat sambutan hangat daripada peminat di Indonesia. Kita sedia maklum, bukan mudah untuk penyanyi dan lagu kita untuk menembusi pasaran di sana.

"Saya harus berterima kasih kepada komposer Andrew Darmoko dan Vienna yang sudi menawarkan peluang keemasan itu kepada saya," katanya yang dihubungi mStar Online, Isnin.

Walaupun penggiat seni tempatan sering mengeluh kerana sukar untuk menembusi pasaran muzik di Indonesia, Sabhi pula berpendapat perkara itu tidak mustahil untuk berlaku jika kita mempunyai produk yang baik dan bersesuaian dengan selera mereka.

Lagu berkenaan dimuatkan dalam album Vivien untuk pasaran di Indonesia.

Jelas penyanyi lagu Nadiku ini lagi, susulan daripada populariti lagu itu juga dia terpaksa menolak pelbagai undangan persembahan dan promosi di sana kerana sudah terikat dengan beberapa komitmen di Malaysia.

"Sejak lagu itu mengungguli carta-carta radio seperti di Mustang FM, Global FM dan Hard Rock FM, permintaan daripada penganjur-penganjur persembahan di sana memang tinggi.

"Namun, saya tidak dapat memenuhinya kerana sudah terikat dengan komitmen di Malaysia pula. Beberapa bulan yang lalu, saya sudah lama berada di sana untuk rakaman lagu, promosi dan menyertai Festival Java Jazz.

"Kini, saya mahu menumpukan perhatian pada peminat-peminat di sini pula kerana mereka kerap bertanya mengapa saya seperti sudah meminggirkan peminat di tanah air sendiri," katanya.

Dalam pada itu, bekas anggota kumpulan Esdeco ini berkata dia kini sibuk menyenaraikan lima lagu terbaik dari era 1980an dan 1990an untuk diberikan nafas baru dalam album terbarunya.

"Saya sedang memilih lima lagu lama tempatan untuk dinyanyikan semula dalam album terbaru saya. Saya akan mula merakamkan lagu-lagu tersebut pada bulan puasa nanti.

"Hakikatnya, bukan senang untuk menyanyikan lagu-lagu lama dengan nafas baru. Saya kena berhati-hati dalam pemilihan lagu itu agar ia diterima oleh peminat.

"Bukan tidak mahu keluarkan lagu-lagu baru tetapi buat masa ini saya mahu memartabatkan lagu-lagu lama di era itu dulu agar dikenali oleh generasi muda," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan