Lisa Surihani & Shaheizy Sam Antara Artis Diangkat Sebagai Rakan DiGi

Diterbitkan: Selasa, 28 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mia, Sam, Aizat dan Lisa bersama-sama telefon bimbit yang diberikan oleh DiGi setelah diumumkan sebagai rakan DiGi di TGV Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Isnin. - Foto RICKY LAI
Mia, Sam, Aizat dan Lisa bersama-sama telefon bimbit yang diberikan oleh DiGi setelah diumumkan sebagai rakan DiGi di TGV Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Isnin. - Foto RICKY LAI

PETALING JAYA: Empat artis popular diangkat sebagai rakan DiGi Telecommunications Sdn Bhd (Friends of DiGi) dalam satu pengumuman pelantikan tersebut di TGV, Sunway Pyramid, di sini, Isnin.

Pelakon Lisa Surihani, Shaheizy Sam, Mia Sara Nasuha dan penyanyi Aizat Amdan dilantik untuk mengetengahkan produk-produk DiGi di bawah kempen ‘Internet for all’ menerusi pelbagai saluran komunikasi.

Mereka juga akan membuat penampilan pada program-program penghargaan pelanggan DiGi sebagai sebahagian daripada ganjaran DiGi untuk pelanggan setianya.

“Kami sangat teruja menjadi sebahagian daripada ahli keluarga DiGi dan diberi peluang untuk berkongsi apa sahaja dengan peminat. Paling seronok apabila DiGi akan bekerjasama untuk mempromosikan konsert saya di Kuching, Sarawak pada 16 Julai ini dan Penampang, Sabah pada 22 Julai,” kata Aizat mewakili kawan-kawannya yang lain.

Sementara itu, Lisa yang begitu aktif menggunakan Internet untuk berkomunikasi dengan peminatnya turut menggunakan peluang itu untuk lebih aktif mengemas kini maklumat terkini dalam talian.

“Saya tertarik dengan tawaran ini kerana mereka memberi peluang kepada saya dan kawan-kawan lain untuk mengikut visi dan idea masing-masing untuk menjadikan kami lebih rapat dengan para pelayar Internet.

“Saya akan terus mengemas kini setiap aktiviti di laman sesawang Twitter dan Facebook untuk maklumat terkini masa akan datang,” ujar Lisa.

Bagi Shaheizy atau lebih dikenali sebagai Sam, tawaran tersebut memberikan ruang kepadanya untuk tidak bersendiri lagi dan dapat menambah ramai kawan menerusi kempen yang dianjurkan oleh DiGi.

Dalam pada itu, berkongsi sebab empat artis itu dipilih, Ketua Bahagian Program dan Penajaan DiGi, Pearly Lim berkata: “Kami memilih mereka kerana mereka sudah pun membina jaringan peminat yang kukuh di media sosial yang kena dengan profil pelanggan sasaran kami.

“Kami berhasrat untuk menunjukkan bagaimana mereka menggunakan Internet mudah-alih untuk berkomunikasi dengan peminat dalam kehidupan seharian mereka.”

Salah satu aktiviti yang menjalinkan artis-artis itu dengan peminat adalah memilih 70 pelanggan DiGi yang telah memenangi peluang untuk beramah mesra dengan para pelakon filem Sekali Lagi iaitu Lisa, Sam dan Mia di tayangan perdana filem tersebut.

Filem Sekali Lagi akan ditayangkan di pawagam pada Khamis ini.

Peminat Aizat pula akan berpeluang memenangi pas untuk bertemu dengan penyanyi itu di belakang pentas di konsertnya di Kuching (16 Julai) dan Penampang (22 Julai).

Kerjasama dengan keempat-empat artis itu sebagai rakan DiGi berlangsung dalam tempoh setahun bermula bulan ini.

Mereka turut diberikan telefon bimbit untuk memudahkan mereka mengemas kini maklumat terkini menerusi kempen Internet for All.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan