Kerana Demonstrasi, Konsert '2 Raksasa' Ditunda

Diterbitkan: Selasa, 28 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shirazdeen Karim
Shirazdeen Karim

KUALA LUMPUR: Konsert yang akan menggabungkan dua kumpulan rock legenda, Sweet Charity dan Blues Gang, iaitu “2 Raksasa 2011” ditangguhkan pada 1 Oktober depan atas nasihat pihak polis gara-gara demonstrasi yang akan dibuat oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Penganjur konsert tersebut, Produser Eksekutif Netzah Production, Shirazdeen Karim berkata, konsert yang sepatutnya berlangsung pada 9 Julai depan di Stadium Merdeka itu tidak dapat dilaksanakan kerana ditakuti berlaku perkara-perkara yang tidak diingini kerana demonstrasi haram tersebut.

"Kami sudah bersedia secara keseluruhannya untuk konsert itu tetapi atas nasihat pihak polis, kami terpaksa akur. Perkara ini dimaklumkan kepada kami pada Jumaat lepas.

"Polis telah menasihatkan supaya tidak menganjurkan konsert pada tarikh berkenaan demi keselamatan pengunjung yang mungkin akan bertembung dengan kumpulan demonstrasi tersebut," ujarnya pada sidang media Pengumuman Penangguhan Konsert 2 Raksasa 2011, di sini, Selasa.

Selain itu, Shirazdeen berkata disebabkan penangguhan itu pihaknya juga telah kerugian puluhan ribu ringgit bagi menampung kos-kos yang sudah dilaksanakan.

Katanya ia termasuk kos-kos yang melibatkan soal promosi, pembelian iklan dan bunting

"Kami juga tidak boleh menukar lokasi konsert itu ke tempat lain kerana sudah membayar deposit kepada pihak Stadium Merdeka. Atas sebab itulah konsert berkenaan terpaksa diadakan di lokasi yang sama dengan tarikh yang berbeza,” ujarnya.

Bagaimanapun katanya, individu yang sudah membeli tiket boleh mendapatkan semula wang masing-masing daripada pihak penganjur.

Sementara itu, vokalis Sweet Charity, Ramli Sarip berkata, pihaknya berasa sedih dengan penangguhan berkenaan tetapi menganggap ia sudah ketentuan Tuhan.

"Kami sememangnya sudah bersedia untuk konsert tersebut. Kami akui agak sedih dan terkilan kerana kami terlalu teruja untuk bertemu peminat.

"Namun begitu kami percaya apa yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya. Lebih penting ialah keselamatan peminat," ujarnya.

Tiket konsert berkenan dijual dengan harga RM 73.00 dan boleh didapati di www.airasiaredtix.com. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi 03-8775 4666 atau semua cawangan Redtix di Rock Corner dan Victoria Music.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan