Fahmi Tertekan Arah Drama SPRM, 'D6'

Diterbitkan: Selasa, 28 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pengarah Drama D6, Mohd Fahmi Sarindi
Pengarah Drama D6, Mohd Fahmi Sarindi

PUTRAJAYA: Pengarah drama, Mohd Fahmi Sarindi mengakui menerima lebih tekanan untuk mengarahkan drama bersiri Skuad D6 selepas drama arahannya berjudul Perempuan memenangi Drama TV Terbaik pada Anugerah Seri Angkasa (ASK) lalu.

Kata Fahmi, jangkaan lebih tinggi terhadap drama-drama arahannya, secara tidak langsung menambahkan bebannya untuk memberikan yang terbaik.

"Selepas drama saya menang di ASK lalu iaitu pada 20 Februari dan 24 Februari saya sudah mulakan penggambaran drama ini.

"Sudah tentu saya rasa bebanan dan tekanan untuk memastikan drama seterusnya lebih bermutu. Ditambah dengan jangkauan orang-orang di sekeliling dan penonton terhadap karya seterusnya," katanya ketika sidang media Majlis Pratonton Drama D6, di sini, Isnin.

Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Sutinah Sutan, dan Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Norhayati Ismail.

Drama 13 episod ini merupakan kerjasama SPRM dan akan disiarkan di RTM 2 setiap Isnin, pukul 9 malam, mulai 4 Julai ini.

Jelasnya, keseluruhan cerita yang dipaparkan pada setiap episod merupakan kejadian sebenar yang diubah mengikut kesesuaian drama.

"Setiap episod akan menampilkan satu kes yang mana kes-kes tersebut adalah dari fail SPRM, namun kita telah ubah mengikut kesesuaian drama," katanya.

Tambah Fahmi, cabaran utama adalah menampilkan aksi-aksi pertarungan dan jalan cerita yang bersesuaian dan diterima oleh penonton.

"Ini merupakan kali pertama saya mengarah cerita genre aksi dan sudah tentu ia agak sukar berbanding cerita cinta.

"Cabarannya ialah memberikan aksi yang boleh diterima penonton dan bukan membuat penonton tidak percaya," katanya.

Sementara itu Sutinah berkata penerbitan drama adalah sebagai satu usaha SPRM untuk menyedarkan masyarakat mengenai bahayanya amalan rasuah.

"Ia juga untuk memberi maklumat mengenai tugasan oleh anggota penyiasatan SPRM adalah telus, bebas dan profesional.

"Kami juga berpuas hati dengan apa yang telah dihasilkan dan berharap dengan tayangan ini, masyarakat lebih memahami bidang tugas SPRM," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan