Bakat TV Hargai Bakat Terpinggir

Diterbitkan: Selasa, 28 Jun 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Razali Abdul Rahim berbakat bermain alat muzik. - Foto M AZHAR ARIFF
Razali Abdul Rahim berbakat bermain alat muzik. - Foto M AZHAR ARIFF

KUALA LUMPUR: Program realiti Bakat TV 2011 terbitan RTM diperakui menghargai bakat terpinggir tanpa mengira pakej seseorang peserta.

Penerbitnya, Nurashidah Abd Hamid berkata, keunikan bakat setiap peserta lebih diambil kira berbanding paras rupa dan fizikal semata-mata.

“Kami mahu mencari peserta yang benar-benar berbakat dan meletakkan soal imej ke tepi. Bagaimanapun setelah mereka menyertai program itu, kami akan cuba mengajar mereka tentang cara untuk menghias diri masing-masing.

“Setiap peserta datang dengan keunikan tersendiri seperti peserta yang membawa alatan sendiri termasuk menggunakan barangan terpakai untuk dijadikan alat muzik,” katanya kepada mStar Online.

Seramai 24 peserta terpilih antara 700 peserta yang melalui uji bakat di seluruh negara. Kebanyakan mereka merupakan peserta amatur dan ada juga daripada golongan profesional berumur lima tahun ke atas.

Bakat peserta dibahagikan kepada lima kategori iaitu tarian solo atau berkumpulan, nyanyian berkumpulan, silap mata, komedi dan alatan muzik.

Kini, program yang dihoskan oleh Muazanazzudin Mohamed (Muaz) itu telah sampai ke peringkat separuh akhir yang dibahagikan kepada dua bahagian. Daripada 12 peserta yang layak ke peringkat separuh akhir, lapan antara mereka akan dipilih ke peringkat akhir.

12 peserta itu adalah Razali Abdul Rahim, Stop Reverse Crew, 4 Starz, Gambuse, Iskandar Kalyubi, Putera, Mustar-E, No Noise, Christopher Aban, Nicholas dan Fariz Hilmi.

“Keputusan peserta yang layak ke peringkat akhir akan diumumkan pada 3 Julai ini di peringkat separuh akhir bahagian kedua.

“Sementara enam peserta yang telah membuat persembahan pada malam ini (Ahad) tidak perlu membuat persembahan lagi pada minggu hadapan,” ujar Nurashidah lagi.

Peringkat akhir Bakat TV 2011 akan berlangsung pada 10 Julai ini di Auditorium Perdana, Angkasapuri, pukul 9 malam.

Finalis akan merebut hadiah berupa RM20,000 (juara), RM15,000 (naib juara), RM10,000 (ketiga), RM10,000 (bakat popular) dan RM5,000 (sagu hati) berserta trofi dan sijil.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan